LEBAR SAYAP KE JAKARTA, MAISARAH 'RATU JAZZ' DALAM CIPTAAN

March 1, 2020

'Julung kali artis Malaysia keluar single jazz diterbitkan Harry Toledo'

 

Nama Maisarah masih asing di persada seni tanahair, tetapi peluang diberi untuk beraksi di dua pentas sempena acara gilang Indonesia Street Jazz Jakarta pada 8 Mac nanti, membuktikan penyanyi itu mempunyai prestij tersendiri.

 

Maisarah juga pemain ukulele  mendapat pujian pemuzik hebat dan Presiden Of Indonesia Bass Famili Harry Toledo ketika ditemukan dan ‘jamming’ di dalam salah satu acara Januari lepas di Jazz Ampang & Road To Jazz Youth Festival di Motion Blue Jakarta pada 27 Februari lalu.

 

Belum setahun jagung, Maisarah diberi peluang untuk beraksi di acara  muzik genre jazz pertama kali di Indonesia yang digelar di jalanan. Para pemuzik jazz kenamaan Indonesia turut meramaikan acara terbesar ini. Programnya akan ada di 5 panggung jazz di sepanjang kawasan Car Free Day Sudirman – Thamrin. Indonesian Street Jazz Festival akan diadakan pada 8 Mac 2020 antara jam 6 hingga 11pagi.

 

 

Indonesian Street Jazz Festival 2020 menampilkan artis-artis:

 

Kemala Ayu n friends 
Jimmy manopo
Agam hamzah group
Jazz on the Street band 
Harry Toledo and the turbulence of soul ft Maisarah (artis Malaysia)
Faraby big band 
Galuh Adiwinata ( GAB )
Yohanes Gondo Trio (w agung pras and bije drum)
IBF chapter purwakarta
Troy Kurniawan n friends
The Fifth Inversion (ade irawan n devian zikri project)
Satpol PP jazz band!

 

 

Maisarah akan beraksi di dua pentas sempena Indonesian Street Jazz, Jakarta 8 Mac ini bersama Harry Toledo sebagai pengarah muzik dan juga anggota kumpulan jazz terkenal seanterio indonesia, Turbulance of Soul band. 

 

 

Menurut Harry Toledo, Maisarah yang merupakan artis remaja berusia 19 tahun mempunyai keunikan suara tersendiri dan vokal yang lain dari yang lain. Harry Toledo akan menerbitkan single terbaru Maisarah di Indonesia pada bulan April nanti. 

 

 Foto dari kiri Maisarah, Harry Toledo

 

Ini merupakan satu penghormatan buat Malaysia kerana julung kali artis Malaysia mendapat tempat di negara yang kaya dengan genre muzik jazz di seluruh Asia Tenggara.

Harry Toledo merupakan  pemain bass untuk album  artis terkenal Indonesia  seperti Krisdayanti, Ari Lasso, Eliana Dewi, Tompi dan Iway.

 

Tetapi bukan itu sahaja, Maisarah yang tampil dengan gaya ‘cool’ di pentas akan beraksi di mini konsertnya sendiri bersama Turbulance of Soul yang diketuai oleh Harry Toledo di daerah bandar Berkasi, Indonesia pada jam 8 malam, hari yang sama.MYBUZZ!

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.