SA SA LANCAR KEDAI EKSKLUSIF DI SHOPEE

March 16, 2020

 

Sa Sa, sebuah syarikat peruncit kosmetik, produk penjagaan kulit dan produk wangian terkemuka Asia yang diasaskan di Hong Kong, telah membuka kedai atas taliannya di Shopee secara rasmi untuk menembusi pasaran pembeli produk kecantikan atas talian yang besar di Malaysia.

 

Dengan pembukaannya dijangkakan para pembeli akan menjadi rambang mata apabila melihat bermacam-macam pilihan produk di Kedai Rasmi Sasa di Shopee yang menawarkan lebih daripada 1,000 produk kecantikan yang merangkumi produk penjagaan kulit dan kosmetik seperti pelembap kulit, pembersih muka, krim perlindungan cahaya matahari, bedak asas, lipstik dan penggaris mata. Selain daripada jenama sendirinya seperti Cyber ​​Colors dan Suisse Programme, Sa Sa juga mempunyai jenama antarabangsa termasuk Laura Mercier, YSL, Clinique, Dr. Jart+, dan Clarins.

 

Dr Simon Kwok, SBS, JP, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Sa Sa International Holdings Limited, berkata, "Kami percaya Sa Sa akan dapat memenuhi keperluan kecantikan rakyat Malaysia melalui perkongsian strategik ini bersama Shopee. Dengan jangkauan pelanggan yang luas dan ciri-ciri inovatif yang menawarkan pengalaman membeli-belah atas talian yang menarik dan bersifat sosial di Shopee, kami berharap dapat mengembangkan kehadiran atas talian kami dan berkhidmat kepada rakyat Malaysia dengan memenuhi segala keperluan mereka. Kami akan terus berusaha untuk memberikan lebih kepelbagaian dalam variasi produk dan menjadikan pembelian produk kami bukan sahaja mudah tetapi juga menyeronokkan."

 

Untuk meraikan pelancaran rasmi Kedai Rasmi Sasa, para peminat bakal menikmati tawaran terbaik pada Jualan Kilat Shocking Sale Shopee sepanjang 17 Mac 2020. Produk kegemaran ramai seperti L’Oreal Paris Free The Nudes By Clr Riche, Estée Lauder Advanced Night Repair Synchronized Recovery Complex II, Christian Dior Lip Glow Color Awakening Lipbalm, Kiehl Ultra Facial Cream, Sulwhasoo ESSENTIAL dan banyak lagi akan ditawarkan kepada pengguna Shopee pada harga eksklusif.

 

"Kategori Kesihatan & Kecantikan selama ini merupakan salah satu kategori yang paling popular di Shopee, bukan sahaja semasa tempoh kempen tetapi juga pada hari-hari biasa. Sa Sa membawakan pelbagai jenis produk yang sesuai untuk semua jenis dan tona kulit. Oleh itu, ia memudahkan pelanggan kami untuk mencari barangan keperluan kecantikan mereka di kedai ini. Kami berasa teruja dengan kehadiran mereka di Shopee," kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee.

 

 

Para pembeli boleh merebut peluang untuk berjimat dengan lebih banyak lagi dengan Shopee. Mereka boleh mendapatkan lebih nilai apabila membeli tawaran 'bundle' untuk menikmati penjimatan tambahan sebanyak 10%. Untuk satu hari sahaja pada 17 Mac 2020, para pembeli boleh menggunakan baucar SASABL10 untuk menikmati potongan harga 10% atas pembelian barangan Sasa mereka, tanpa perbelanjaan minimum; Sementara itu baucar SASABL15 untuk menikmati potongan harga 15% dengan perbelanjaan minimum RM180 dan SASABL20 untuk menikmati potongan harga 20% dengan perbelanjaan minimum RM260 sebagai tambahan kepada tawaran 'bundle'.

 

Untuk menikmati tawaran menarik yang terdapat di Kedai Rasmi Sasa di Shopee, para pembeli boleh melayari https://shopee.com.my/sasa.os dan tambahkan produk kegemaran mereka ke dalam 'wishlist' .


Kedai Rasmi Sasa merupakan kedai rasmi di bawah Shopee Mall yang terhad hanya kepada jenama, pengedar dan rakan runcit rasmi sahaja. Pembeli dijamin bahawa barangan yang dibeli adalah 100% asli, disertai pemulangan 15 hari dan penghantaran percuma apabila mereka membeli-belah dari 'Shopee Mall' sambil mendapatkan 'Shopee Coins'.
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.