JADILAH YANG PERTAMA! 8 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU ADA HUAWEI MATEPAD PRO

April 3, 2020

 

Bermula dari 3 sehingga 10 April 2020, rakyat Malaysia kini boleh membuat pra-tempahan peranti terbaharu HUAWEI MatePad Pro secara dalam talian melalui pautan https://shop.huawei.com/my/april2020-new-launches.html dengan harga menarik RM2,399, dan bakal menerima hadiah eksklusif serta tawaran bernilai lebih RM1,000. Digelar sebagai 'tablet' terbaik dalam dunia digital Android, berikut kami kongsikan lapan (8) sebab mengapa anda tidak boleh hidup tanpa ia selepas anda mencuba sendiri.

 

 

 

Peranti Utama Yang Dilengkapi Dengan Banyak Teknologi Ulung Dan Terkemuka

 

Diposisikan sebagai tablet 'flagship' daripada Huawei, ia mewarisi nama siri 'Mate'. Meneruskan namanya, HUAWEI MatePad Pro adalah tablet pertama di dunia yang dilengkapi dengan paparan HUAWEI FullView, yang mempamerkan paparan 10:10 inci pada badan ultra tipis. Ia juga mempunyai nisbah skrin-ke-badan tertinggi di dunia, sehingga 90% dengan lekapan 4.9mm ultra-sempit yang mengelilingi paparan simetri, tepi-ke-tepi.


HUAWEI MatePad Pro juga merupakan tablet pertama di dunia yang dilengkapi dengan ciri pengecasan tanpa wayar terbalik (reverse wireless charging), di mana pengguna boleh mengenakan peranti lain yang menyokong pengecasan tanpa wayar.

 

Menciptakan Semula Cara Kita Melihat Dan Membaca Dengan HUAWEI APP Multiplier

 

HUAWEI MatePad Pro adalah penyelesaian kepada orientasi landskap dengan HUAWEI APP Multiplier. Tidak seperti pembahagi skrin tipikal, APP Multiplier adalah satu-satunya ciri dari peranti Android untuk menawarkan skrin berbahagi (split screen) bagi aplikasi yang sama. Dalam mod landskap, maklumat yang berlainan pada aplikasi yang dipaparkan melalui skrin berbahagi untuk menggunakan skrin besar tablet dengan berkesan. Skrin berbahagi ini boleh beroperasi serentak, dan ia juga boleh menyeret dan menyesuaikan saiz tingkap kiri dan kanan. Ia juga membolehkan pengguna untuk melihat lebih banyak dengan memaparkan beberapa aplikasi, membuat perbandingan dengan barangan membeli-belah, dan membaca berita dengan mudah pada satu-satu masa.

 

Pengalaman Perkongsian Interaktif Baru Dengan Ciri HUAWEI Share

 

Dengan memanfaatkan pengagihan teknologi EMUI10, HUAWEI Share membolehkan Koloborasi Multi-Skrin yang secara sepenuhnya menghilangkan halangan di antara telefon pintar dan tablet pada laras sistem dan membolehkan koloborasi, pemindahan data dan kawalan pelbagai skrin di antara mereka. Di satu sisi, pengguna boleh mengawal dua antara muka pada tablet untuk interaksi silang serentak yang lancar. Di sisi lain, ciri ini membolehkan telefon pintar pengguna untuk mengakses peranti tablet seperti papan kekunci, skrin dan pembesar suara, mencipta pengalaman pengguna yang belum pernah terjadi sebelumnya.

 

Kepelbagaian Kandungan Drama Dan Video Tersedia Dengan HUAWEI Video

 

 

HUAWEI Video adalah aplikasi mudah alih baru yang akan muncul di Malaysia pada bulan ini dan bakal menawarkan pelbagai kandungan hiburan antarabangsa untuk semua, seperti TVB, Mango TV, Kini TV, Motion Daily, Stingray, dimsum, BBC News dan banyak lagi. Pengguna boleh menonton lebih dari 1,000 kandungan video dari aplikasi ini secara serentak pada sehingga dua (2) peranti aktif, dan juga menyewa filem sehingga 48 jam.

 

Huawei Malaysia menawarkan akses premium percuma selama 3 bulan kepada semua pengguna MatePad Pro. Bukan itu sahaja, semua pengguna Huawei sedia ada di Malaysia juga boleh menikmati akses premium percuma selama 1 bulan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Platform video dalam talian lain adalah seperti Netflix dan Viu juga boleh dimuat turun dari HUAWEI AppGallery.

 

 

Mentakrifkan Gaya Kerja Kami

 

 

Bekerja dari rumah kini menjadi kebiasaan baru di banyak negara, termasuk kita di Malaysia sejak wabak COVID-19 melanda. Bagi memastikan tahap keselamatan semua dan untuk membendung penyebaran. HUAWEI MatePad Pro dapat memenuhi semua keperluan dan gaya kerja, menjadikan anda tidak boleh hidup tanpa tablet sepertinya.


HUAWEI MatePro mempunyai mod PC yang boleh menjadikan tablet itu berfungsi sebagai PC dengan hanya menghubungkannya dengan papan kekunci pintar bermagnet. Didatangkan bersama HUAWEI M-Pencil, kerja penyuntingan fail menjadi mudah pada paparan 10.9 inci yang luas. Dengan ciri-ciri seperti Multi-Window dan App-Multiplier, pengguna boleh melakukan pelbagai tugasan dengan mudah sambil bekerja pada dokumen di satu sisi dan tetingkap rujukan di sisi yang lain.


Dalam rangka meningkatkan pengalaman kerja, Huawei juga menawarkan kepada semua pengguna MatePad Pro 50GB setoran Cloud HUAWEI secara percuma; sah selama 12 bulan pada asas first come, first serve.

 

 

Kongsi Perspektif Baru Kehidupan Anda dengan HUAWEI MEETime

 

 

Huawei membawa dimensi baru kepada penggunaan ciri panggilan video dengan pengenalan MEETime, teknologi eksklusif Huawei yang akan tersedia untuk kali pertama di pasaran. Pengguna akan dapat berkongsi skrin mereka semasa panggilan, serta membuat nota dan suntingan dalam masa nyata (real-time-editiing). Melakukan perubahan, menyorot teks penting serta mencoret nota anda untuk mata tindakan seterusnya - Semuanya boleh dilakukan dengan MEETime! Pastikan anda mempunyai sambungan WiFi atau LTE serta semak carian kenalan yang mempunyai fungsi MEETime yang diaktifkan.

 


Terima Hampir 100% Untuk Graf Penilaian Kepuasan Pengguna

 

 

Semasa pelancaran pertamanya di China tahun lalu, HUAWEI MatePad Pro telah memperolehi hampir 100% penilaian kepuasan pengguna di HUAWEI Vmall di kalangan pembeli baru.

 

 

Pra-Tempahan Sekarang Untuk Hadiah Hebat Bernilai RM1,000

 

 

Dengan setiap pra-tempahan untuk pembelian HUAWEI MatePad Pro, pelanggan akan menerima hadiah Bundle Smart Magnetic Keyboard (bernilai RM499) dan HUAWEI M-Pencil (bernilai RM299), *boleh didapati selagi stok masih ada. Aksesori ini dihadirkan dengan HUAWEI MatePad Pro untuk menyediakan pengguna dengan akses lebih mudah semasa menggunakan tablet apabila mereka beralih dari kerja untuk bermain dan sebaliknya.

 

Selain hadiah pra-tempahan, pelanggan yang membeli HUAWEI MatePad Pro juga akan menerima akses tiga (3) bulan untuk  WPS Office Premium yang akan membolehkan mereka menikmati ciri-ciri seperti penyimpanan awan WPS percuma, templat dalam talian eksklusif dan penukaran fail untuk memenuhi semua keperluan perniagaan, dari memo ke spreadsheet dan koloborasi dokumen. Pelanggan juga boleh menikmati Setoran Awan (Huawei Cloud Storage) sehingga 50GB dan akses premium 3 bulan ke HUAWEI Video seperti yang dinyatakan di atas.

 

Huawei MatePad Pro dikuasakan dengan  pemproses CPU HiSilicon Kirin 990 (7 nm +) dengan RAM 8GB, ROM 256GB. Peranti ini juga mempunyai skrin sentuh kapasitif LCD IPS 10.8 inci (2560 x 1600 piksel, 280 ppi). Ia mempunyai kamera belakang 13MP serta kamera hadapan 8MP dan menyokong Wifi, GPS, 3G dan 4G LTE. Ia dihadirkan dengan bateri Li-Po 7250 mAh pada ketebalan peranti 7.2mm dan berat 460g, diaktifkan dengan Android 10.0; EMUI 10.

 

Dari segi ciri-ciri, Huawei MatePad Pro dilengkapi dengan 4 speaker Harman / Kardon yang disederhanakan serta 5 mikrofon untuk pengurangan hingar yang optimum yang boleh berguna semasa menghadiri panggilan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan Kerjasama Multi-Screen, Multiplier Aplikasi Huawei, Multi Window, dan banyak lagi.

 

Harga Huawei MatePad Pro di pasaran Malaysia bermula dari RM2399. Ia boleh didapati dalam warna Kelabu (Midnight Grey) dan Putih (Pearl White). Lakukan pra-tempahan HUAWEI MatePad Pro sekarang untuk menikmati teknologi terkini 


Untuk lebih banyak kejutan, pengguna kini boleh meneroka HUAWEI AppGallery yang menawarkan paling banyak, jika tidak semua aplikasi kerap digunakan Malaysia https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk terbaru Huawei seperti HUAWEI P40 Series, HUAWEI WATCH GT2e, HUAWEI Mate Xs dan banyak lagi, sila lawati laman Facebook Huawei di www.facebook.com/HUAWEIMobileMY.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.