MERCY MALAYSIA LANCAR TABUNG PANDEMIK COVID-19


Mercy Malaysia (Mercy) melancarkan Tabung Pandemik Covid-19 bagi menyokong sistem penjagaan kesihatan yang mengalami tekanan yang teruk berikutan penularan wabak itu serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Eksekutifnya, Amran Mahzan berkata, dana itu juga akan membantu meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan keperluan asas golongan terpinggir.

“Kami mengukuhkan langkah pencegahan seperti mencuci tangan, makan makanan yang sudah dimasak dan penggunaan penutup hidung dan mulut yang betul di klinik bergerak kami untuk pelarian dan pendatang sejak bulan lalu.

“Masyarakat terpinggir ini tidak boleh diketepikan daripada rancangan pembendungan pandemik kerana ia berpotensi menjadi kawasan hotspot bagi virus itu merebak dengan pantas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amran menambah, Mercy juga telah menyumbangkan topeng muka, cecair pembasmi kuman dan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada organisasi lain termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk membantu menambah bekalan di pasaran.

Di Myanmar jelas beliau, pertubuhan bukan berasaskan keuntungan turut bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Yangon untuk menyumbangkan 25,000 topeng muka, 100 botol cecair pembasmi kuman klinikal dan 100 kotak sarung tangan pembedahan kepada Kementerian Kesihatan dan Sukan, Kesatuan Myanmar untuk kesediaan menghadapi COVID-19 di Myanmar.

“Pada Sukarelawan Perubatan Malaysia telah membantu penyediaan saringan kesihatan dan persampelan kepada petugas di KLIA dan Pejabat Kesihatan Daerah yang dikhuatiri terdedah dengan virus ini,” tambahnya.


Beliau berkata, untuk menyokong inisiatif Mercy Malaysia, sumbangan boleh dibuat melalui www.mercy.org.my atau terus kepada MERCY Humanitarian Fund (Maybank 5621 7950 4126) atau MERCY Malaysia (CIMB 8000-7929-08) dan semua derma dikecualikan cukai.

Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula 15 Mac lalu hingga 14 April depan. Setakat hari ini Malaysia merekodkan 3,333 kes positif Covid-19 dengan jumlah kematian 53 orang.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.