NABILA RAZALI SYUKUR 'PELUANG KEDUA' DITERIMA PEMINAT.


Selepas berjaya dengan lagu 'Pematah Hati' dan 'Vroom Vroom', penyanyi Nabila Razali muncul dengan single kelimanya berjudul 'Peluang Kedua'. Lagu ciptaan sepenuhnya Hael Husaini ini memberi kelainan apabila menyerlahkan sisi lain Nabila menerusi genre balada.


Menariknya lagu itu sudah mendapat lebih 1000 ‘cover’ di semua laman sosial sebelum ia dilancarkan secara rasmi Khamis ini.


“Alhamdulillah, walaupun banyak dugaan kami berjaya melalui proses pembikinan lagu ini dengan baik. Bagi saya lirik lagu ini sangat mendalam sehingga saya sendiri menangis ketika pertama kali mendengar demo daripada Hael. Liriknya juga lebih dekat dengan hati masyarakat terutama yang sedang bercinta mahupun putus cinta,” ujarnya.


Rangkap korus lagu Peluang Kedua tular di laman sosial selepas menjadi salah satu lagu tema untuk drama lakonannya 'Seindah Tujuh Warna Pelangi'.


Sementara itu, Nabila berkata, buat pertama kali lagu nyanyiannya ini akan dilancarkan secara rasmi di laman Youtube Nabila Razali Entertainment.

“Saya juga baru sahaja membuat akaun Youtube sendiri dan akan melancarkan lagu itu secara rasmi di laman muzik tersebut. Selain itu, saluran itu akan menjadi ruang untuk saya berkongsi aktiviti seni kepada peminat-peminat” ujarnya.


Dalam pada itu, Nabila berkata, dia berdepan pelbagai cabaran sepanjang proses pembikinan lagu berkenaan termasuk penggambaran yang terpaksa ditangguhkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.


"Banyak cabarannya dan saya pasti semuanya ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Selain masalah masa dan kesihatan yang tidak cukup rehat, penggambaran muzik video juga ditangguhkan kerana PKP.


“Sepatutnya penggambaran muzik video berlangsung pada 20 Mac lalu tapi arahan kerajaan melaksanakan PKP pada 18 Mac membuatkan muzik video itu tertangguh,” ujarnya.


Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang ingin membetulkan kesilapan dalam hubungan dan meminta untuk diberikan peluang kedua. Nabila berharap buah tangannya kali ini memberi impak dan dihargai oleh peminat-peminat.

Peluang Kedua akan tersedia di semua pelantar muzik digital dan boleh distrim di Spotify, Joox, KKBOX, YouTube dan Apple Music bermula 24 April ini.


Instagram: http://www.instagram.com/nabila.razali Facebook: https://www.facebook.com/NabilaAf2013/ Twitter: https://twitter.com/_nabilarazali

Video Lirik "Peluang Kedua"

Judul: Peluang Kedua

Penyanyi: Nabila Razali

Komposer/Lirik: Hael Husaini

Sepi... Menghukum diri kembali Untuk mengalirkan air mata Tanpa henti Lagi...

Sepi... Menghasut diri kembali Untuk memikirkan tentang kita Tanpa henti Lagi...

Dan tiada Salah darimu mengingatkanku Bila ku tak sempurna Engkau bisikkan ku yang paling sempurna Di matamu hanya aku

Maaf andai kau terluka Maaf ku tak sengaja Tanpa Sedar Sakitimu Sesalku

Maaf kerna aku pun terluka Pintaku hanya Peluang kedua Rasa cinta darimu

Dan tiada... Salah darimu mengingatkanku Bila ku tak sempurna Engkau bisikkan ku yang paling sempurna Di matamu hanya aku

Dan andai terbuka hatimu Ku di sini menunggu dan terus menunggu Dirimu Kembalilah sayang Kepadaku

Maaf andai kau terluka Maaf ku tak sengaja Tanpa sedar Sakitimu

Sesalku

Maaf Kerna aku pun terluka Pintaku hanya Peluang kedua Rasa cinta Darimu

Rasa cinta Rasa cinta Darimu Huu…uuu…uuu…uuu…uuu Huu…uuu…uuu…uuu…uuu

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.