NIKMATI PROGRAM MENARIK SEPANJANG RAMADAN BERSAMA ERA, SINAR, GEGAR & ZAYAN

Marhaban Ya Ramadan! Pejam celik, pejam celik, umat Islam diseluruh dunia bakal menjalani ibadah puasa sekali lagi tahun ini. Umat Islam di Malaysia dijangkakan menyambut kehadiran bulan suci Ramadan pada 24 April 2020.


Rangkaian stesen radio dibawah Astro turut tidak ketinggalan meraikan kehadiran Ramadan kali ini dengan pengisian menarik dari jenama-jenama Melayu Astro Radio: ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN, bermula 24 April 2020.


Berikut adalah senarai program-program terbaik yang telah disediakan bermula 24 April ini dan bakal bersiaran disepanjang Ramadan.


Saluran Radio ERA

E-Salam Ramadan: Para peminat berpeluang untuk menyampaikan dedikasi Ramadan kepada ahli keluarga mahupun saudara mara melalui WhatsApp ERA dan dedikasi anda akan ke udara, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 27 April 2020.

Tips Sihat ERA: Perkongsian tips kesihatan dan senaman yang boleh dilakukan di rumah bersama jurulatih bertauliah agar para peminat ERA kekal cergas dan mengamalkan gaya hidup sihat. Bermula 27 April 2020 melalui media sosial ERA.

Saluran Radio SINAR

1 Hari 1 Doa: Para peminat boleh menghayati pilihan doa untuk diamalkan setiap hari bersama Ustaz Fauwaz, bermula 27 April, seperti yang akan dikongsi melalui siaran udara dan di media sosial SINAR.

Kisah Ramadan: Mulai 4 Mei, para peminat SINAR boleh berkongsi kisah-kisah menarik dalam menjalani ibadah puasa menerusi siaran udara dan di media sosial SINAR.

Saluran Radio GEGAR

Madinah Ramadan GEGAR - ZAYAN: Pengisian menarik tentang amalan di bulan Ramadan serta sesi soal jawab bersama tokoh agama dan penceramah jemputan pada setiap Selasa bermula 28 April, 9 malam melalui media sosial GEGAR dan ZAYAN.

Dikir Ramadan GEGAR: Perkongsian nasihat dan kisah tauladan berkonsep dikir barat oleh oleh Sabri Yunus pada setiap Isnin dan Rabu, 5 petang bermula 27 April 2020 di udara dan media sosial GEGAR.

Saluran Radio ZAYAN

ZAYAN Virtual Terawikh: Panduan solat terawikh bersama personaliti ZAYAN serta berselawat secara LIVE di media sosial yang diiringi sesi tazkirah selepas waktu terawikh, bermula 24 April di media sosial ZAYAN.

ZAYAN Ngaji Ramadan: Tadarus Al Quran bersama personaliti ZAYAN, ustaz-ustaz dan selebriti jemputan yang akan dimuat naik di media sosial ZAYAN bermula 24 April.

ZAYAN Review Ramadan: Personaliti ZAYAN memberi ulasan tentang resepi dan menu untuk berbuka puasa mahupun bersahur, setiap hari bermula 24 April melalui siaran udara dan di media sosial ZAYAN.



Para pendengar boleh mengikuti perkongsian di laman sesawang dan akaun Instagram rasmi saluran radio Astro untuk maklumat lanjut berkaitan program yang bakal ke udara di sepanjang Ramadan nanti. Selamat mendengar!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.