'WIRA DI HATI' HADIAH SYAMEL BUAT STAF BARISAN HADAPAN NEGARA

April 23, 2020

 

Selepas muncul dengan single ‘Curang’ tidak lama dulu, penyanyi dan pencipta lagu berbakat Syamel muncul dengan sebuah lagi lagu istimewa sebagai tanda penghargaan untuk para pekerja barisan hadapan atau ‘frontliners’ yang berkorban demi rakyat dalam menangani wabak Covid-19.

 

Lagu yang berjudul ‘Wira di Hati’ ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Syamel sendiri dan diterbitkan oleh Zimi Sofarz. 


Menurut Syamel “'Wira Di hati', merupakan penghargaan buat pihak barisan hadapan (frontliners) kita yang bertungkus lumus, menggadai tenaga dan nyawa untuk menyelamatkan kami, rakyat Malaysia semasa wabak Covid-19. 


"Lagu ini membawa satu penyampaian yang sangat besar, dari kami, buat barisan hadapan di luar sana. Selain itu, lagu ini juga turut memaparkan ucapan penghargaan dari kami, rakyat Malaysia dan juga ucapan daripada barisan hadapan sendiri.” 


Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, 


”Lagu Ini merupakan lagu yang sesuai untuk menghargai pengorbanan para 'frontliners' dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati para pendengar radio yang bakal menjalani ibadah puasa .” 


Lagu ‘Wira Di hati’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network. 

 Penyanyi: Syamel
Lagu: Wira Di Hati 
Komposer: Syamel 
Lirik: Syamel 
Gubahan Lagu: Zimi Sofaz


Bersama kita menempuhi ini
Sebuah dugaan yang pasti berakhir
Jangan kau lemah semangat kuberi
Wira di hati kau akan ku kenangi

 

Maka diawal tanpa kau membuang masa
Bergerak hadapan dan perbarisan pun bermula
Kau tinggalkan keluarga 
Dan pertaruhkan nyawa
Amanah kau sempurnakan oh dengan penuh gaya

 

Berdiri kanan kiri maut sering memerhati
Harungi tiap hari berserah pada ilahi
Bersabarlah semua wahai wira yang sejati
Terima kasih segalanya akan ku kenangi

 

Bersama kita menempuhi ini
Sebuah dugaan yang pasti berakhir
Jangan kau lemah semangat kuberi
Wira di hati kau akan ku kenangi

 

Kau analisi ciri ciri terperinci
Seiring dihimpit manusia penuh berasumsi tetap gagah berdiri
Cekap tabah harungi
Dan masih teruskan semua hingga dini pagi

 

Bertungkus lumus berusaha dijalanan
Ku tahu semuanya demi keamanan
Populasi di hieraki 
Makin lama meninggi
Jadi jangan gusar Kutahu kau bukan membenci

 

Ke sana ke sini , pesanan ulang kali ,
Maaf ku abaikan semua kata yang kau beri , 
Menangisi , ku mengisi tiap inci kuratapi,
Trimalah sebuah lagu untuk kamu dari kami,

 

Bersama kita menempuhi ini
Sebuah dugaan yang pasti berakhir
Jangan kau lemah semangat kuberi
Wira di hati kau akan ku kenangi

 

Aku titipkan doa
Semua sementara 
tempuhi bersama
Segalanya
Hatiku percaya 
Akan tiba masa
Kembali bercahaya


 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.