BINGKISAN 'SENYUMAN RAMADHAN' DARI HAEL HUSAINI

April 25, 2020

 

Ramadhan al-Mubarak tiba lagi tahun ini. Seluruh umat Islam sedunia menyambutnya dalam keadaan 'normal baru' yang agak berbeza tahun ini gara-gara pandemik global wabak Covid-19. Walau bagaimanapun ibadah puasa tetap harus dijalani oleh setiap Muslimin serta Muslimat sejagat.

 

Seperti kelaziman apabila tiba bulan Ramadhan, ramai penyanyi akan melancarkan single terbaharu yang bertemakan Ramadhan sebagai hadiah buat peminat-peminat mereka. Tidak ketinggalan penyanyi tersohor Hael Husaini menyambut bulan mulia ini dengan satu ‘senyuman’ istimewa.


Senyuman yang dimaksudkan berupa sebuah lagu baru berjudul ‘Senyuman Ramadhan’ yang bertujuan menaikkan semangat setiap Muslimin dan Muslimat yang menjalani ibadah berpuasa dalam keadaan yang lebih mencabar tahun ini.  Lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF ini juga melambangkan betapa pentingnya sebuah senyuman yang juga dianggap sebagai sedekah di dalam ajaran Islam. 


Penyanyi ini sendiri berharap supaya lagu ini dapat menceriakan suasana Ramadhan dan memberikan aura yang lebih positif untuk semua.  


Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,


”Lagu Ini merupakan lagu yang sesuai untuk menyambut suasana Ramadhan dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati para pendengar yang bakal menjalani ibadah puasa .”


Lagu ‘Senyuman Ramadhan’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.  

 Senyuman Ramadhan

 

Penyanyi: Hael Husaini
Judul : Senyuman Ramadhan
Lirik / Komposer:  Hael Husaini & MFMF

 

Dia senyum
Engkau senyum
Semua senyum buat ku pun tersenyum
Mereka senyum
Terus tersenyum
Ramadahan dipenuhi dengan senyum
Sedekahkan lah senyuman 
Moga dibalas kan dengan senyum yang lara jadi indah

 

Biar dunia tertawan
Bila iya diukirkan 
Tak minta balasan
Bila diberikan 
Sebarkan senyuman

 

Biar manis kelihatan
Biar hati kan keruan
Tak minta balasan
Cukup kan skadar 
Sebarkan senyuman

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.