ASTRO REWARDS TAWAR 2 BULAN AKSES PERCUMA PORTAL PENDIDIKAN 'LEARNING PORT INTERACTIVE'

May 1, 2020

Program kesetiaan pelanggan Astro, Astro Rewards bekerjasama dengan portal pendidikan ‘Learning Port Interactive’ yang menyediakan pengalaman pembelajaran dalam talian secara interaktif dan menarik untuk semua pelajar di Malaysia, menawarkan dua bulan akses percuma portal itu yang bernilai lebih RM700! Pelanggan Astro boleh melayari https://rewards.astro.com.my/details/LPFreeTrial untuk menebus tawaran eksklusif ini mulai sekarang hingga 31 Mei 2020.

 

 

Tawaran ini adalah sebahagian daripada usaha Astro untuk terus menyediakan kandungan pendidikan kepada pelajar ketika ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ bagi kelangsungan aktiviti pembelajaran mereka di rumah. Ia turut bertindak sebagai kandungan tambahan kepada pembelajaran akademik 24 jam yang kini tersedia di semua saluran Tutor TV Astro yang juga boleh distrim melalui Astro GO.

 

Dengan portal pendidikan ‘Learning Port Interactive’, para pelajar boleh merasai pengalaman pembelajaran baharu dengan lebih 2,300 modul-modul pendidikan yang merangkumi video animasi, simulasi, makmal maya, permainan dan pelbagai jenis kuiz.

 

Menarik lagi, para pelajar juga akan diberikan akses kepada Bank Soalan yang terdiri lebih daripada 40,000 soalan dalam format kertas peperiksaan dan kertas ujian bagi semua topik dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Setiap kertas soalan dilengkapi dengan panduan penyelesaian langkah demi langkah berserta tips untuk skor dalam peperiksaan. Paparan soalan juga terdapat dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kesemua soalan peperiksaan yang tersedia di portal itu adalah berdasarkan sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) terkini dari Kementerian Pendidikan Malaysia, sesuai bagi rujukan para pelajar tahun satu hinggalah tingkatan lima.

 

Dengan ‘Learning Port Interactive’, proses pembelajaran menjadi lebih efektif, menarik, berkesan dan boleh dilihat sebagai pembuka langkah menuju kejayaan dalam peperiksaan dan gaya pemikiran yang lebih inovatif. MYBUZZ!

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.