DUA JELITAWAN BAHARU MENGHIASI PROGRAM HELO DOKTOR


Helo Doktor bakal memperkenalkan dua jelitawan sebagai hos baharu di samping personaliti dan artis jemputan dalam menyampaikan perkongsian tips dan cara menangani masalah keibubapaan masa kini. Bermula 7 Jun ini, Hawa Rizwana dan Anim Ezati Rizky akan menyertai pakar psikologi kanak-kanak, Katyana Azman selaku hos rancangan in.


Helo Doktor merupakan sebuah program bual bicara keibubapaan dan kekeluargaan di TV3. Program ini menyentuh isu-isu yang sering dihadapi ibu bapa masa ini termasuk kesihatan anak-anak dari segi fizikal dan psikologi, disiplin, makanan, hobi dan banyak lagi. Bersama barisan hos yang akan mengendali program ini secara bergilir setiap episod, para penonton turut ditemani oleh selebriti jemputan dan ahli pakar serta wakil NGO atau perbadanan kerajaan yang akan mengupas topik hangat ketika itu.


Antara topik hangat yang akan dikupas dalam Helo Doktor bemula 7 Jun ini adalah norma baharu masyarakat selepas tempoh PKP tamat, kelebihan dan kekurangan homeschooling dan e-pembelajaran, cabaran ibu bapa menangani sesi pelajaran anak-anak di rumah, langkah pengawalan emosi dan keharmonian keluarga, tekanan emosi suami isteri ketika PKP dan banyak lagi.



Anim Ezati Rizki, personaliti program bual bicara pagi TV3, MHI serta pernah mengacarakan program siri jenayah dan siasatan popular 999. Beliau juga turut berpengalaman sebagai hos, panel, serta 'influencer' di platform media sosial. Sementara itu , Hawa Rizwana pula kini bertugas sebagai penyampai berita dI Buletin Utama. Selain itu Hawa Rizwana turut mempunyai pengalaman sebagai wartawan penyiaran di Saluran NTV7 dan TV9 selain duta produk untuk beberapa jenama tempatan.


Seperti program bual bicara yang lain, Helo Doktor menyediakan ruang untuk penonton di rumah mengutarakan soalan kepada pakar atau selebriti jemputan melalui panggilan telefon. Selain itu, program ini turut membuka peluang kepada peniaga dan syarikat luar untuk melakukan demo (produk, servis, khidmat masyarakat) di studio bersama hos atau tetamu jemputan Helo Doktor.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan isu kekeluargaan, Helo Doktor mungkin ada jalan penyelesaiannya. Saksikan Helo Doktor, secara langsung setiap hari Ahad bermula 7 Jun, 5.30 - 6.30 petang di TV3. Ikuti juga laman media sosial TV3 Malaysia di Instagram, Facebook dan Twitter, atau layari xtra.com.my untuk info lanjut.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.