PROGRAM REALITI 'SUARA VIRAL' BUKA PENTAS MALAM INI

June 17, 2020

  • Pertembungan pelantun suara tular berkerjaya di saluran Astro Prima

  • Dato’ AC Mizal, Misha Omar, Akim Ahmad dan Marsha Milan antara tarikan utama program realiti ‘Suara Viral’ untuk musim pertama. 

 


 

‘Suara Viral’ ialah sebuah program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian terbitan Astro Prima menampilkan barisan pelantun suara bekerjaya yang pernah tular dalam bidang masing-masing di Malaysia menerusi platform media sosial. 
 
Seramai 10 peserta yang terdiri daripada enam peserta lelaki dan empat peserta wanita bakal bersaing di pentas utama ‘Suara Viral’ selama lapan minggu untuk musim yang pertama.  
 
Format penjurian adalah berdasarkan sistem pecahan pemarkahan 70% oleh barisan juri profesional di studio dan 30% oleh ‘Juri Duduk Rumah’ iaitu juri virtual yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. 

 

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, cukup jelas bahawa trend masa kini mempunyai nilai kebergantungan yang tinggi kepada elemen yang bersifat tular. Jesteru Astro menyambut baik perkembangan ini kerana ia secara tidak langsung turut mengubah nilai komersial kandungan yang ditawarkan.

 

"Kami ingin melakar inisiatif baharu dengan mengangkat bakat yang sebelum ini sekadar tular di platform media sosial dan tular dalam bidang pekerjaan masing-masing ke skala yang lebih besar di platform televisyen pula. Menerusi ‘Suara Viral’, para peserta diberi peluang untuk mempamerkan bakat dan kreativiti masingmasing yang selama ini mungkin hanya dipertontonkan di alam maya ke alam sebenar.

 

Program ‘Suara Viral’ bakal menjanjikan kelainan yang segar berbanding program-program sedia ada yang pernah diterbitkan sebelum ini dan kami berharap ia bakal menjadi sebuah lagi testimoni cemerlang untuk saluran Astro Prima dalam menawarkan program-program hiburan beraneka format khusus untuk tontonan seisi keluarga." ujar Norzeha lanjut.

 

Mengikut perancangan asal program ‘Suara Viral’ sepatutnya disiarkan secara langsung. Namun, bagi mematuhi syarat-syarat prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam usaha mengekang wabak Covid-19, program ini hanya akan diteruskan dengan rakaman awal tanpa melibatkan kehadiran penonton di studio.  

BARISAN JURI DAN PENGACARA

 

 

Buat pertama kali, dua penyanyi popular tanah air dengan latar belakang portfolio seni yang cukup disegani dalam persada muzik tanah air iaitu Misha Omar dan Akim Ahmad bakal digandingkan bersama sebagai Juri Tetap ‘Suara Viral’. 
 
Sementara itu, seorang Juri Otai juga turut diundang khas secara bergilir-gillir sebagai juri jemputan pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap di studio bagi mengadili persembahan para peserta. Mereka terdiri daripada selebriti tersohor tanah air. 
 
Dalam pada itu, seramai lapan figura berpengaruh yang mewakili bidang masing-masing turut dilantik sebagai Juri Duduk Rumah yang akan mengadili persembahan setiap peserta secara virtual dari rumah. Mereka terdiri daripada Idayu, Bob Yusof, Sissy Imann, Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Ngektsai, Niezam Abdullah dan Sudyr Tahir
 

 


Melihat kepada karisma, reputasi dan pengalaman luas Dato’ AC Mizal dalam mengendalikan pentas utama pelbagai program hiburan yang berskala besar, beliau telah diberi mandat selaku Pengacara konsert mingguan ‘Suara Viral’. Manakala penyanyi Marsha Milan Londoh pula dilantik sebagai Pengacara ‘Back Stage’ untuk musim ini. 

PROFIL PESERTA
 

 

 

SOFFWANY

Koperal Pemerhati Udara, PDRM Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, 31 IG @soffwany.yusoff | FB Soffwany Yusoff Video nyanyiannya bersama iringan kombo PDRM tular & dikenali sebagai ‘akak polis cantik’ oleh netizen. 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JERRY

Setiausaha Pertahanan Awam Zamari Zakaria, 36 IG @jerry.zakaria_official  

Boleh menyanyikan lagu moden dalam rentak tradisional. Suka bergurau dan sering digelar ‘Pak Lawak’ 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FARAH

Lans Koperal Angkatan Tentera Malaysia Farah Noorasikin Abdul Rahim, 32 IG @farahnoorasikin | FB Farah C-kin Penyanyi sepenuh masa dan berbakat dalam bidang tarian seperti mak yong dan tarian tradisional yang lain 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

SULASTRIE

Koperal French Horn PDRM Dian Sulastrie Abdul Fattah, 39 IG @sulastrie_suarnie 

Boleh menyanyi dalam pelbagai bahasa seperti Mandarin, Tagalog, Thailand & Hindustan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BOBBY ‘Abang Rider’  Ahmad Anis Aznan Kamil, 32 IG @bobbyanis88 | FB Ahmad Anis

Memiliki suara soprano, meminati genre klasikal dan penyanyi idolanya adalah Luciano Pavarotti 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AZRUL Pegawai Lalu Lintas Pembinaan Mohd Azrul Bohari, 38 IG @azrul_sv | FB Roy Sung

Pernah terlibat dalam koir Hazami untuk album Nyata dan sangat menggemari lagu-lagu rakyat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BOY Krew Teknikal Audio Mohd Firdaus Mahadzir, 32 IG @boybach  | FB Boy Bach Bersuara husky, gemar menyanyi dan aktiviti lasak. Seorang yang sering melatah dan suka memasak 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

BELLA Eksekutif Perhubungan Awam Nabilah Mohammad, 31 IG @bellamohd_1 | FB Nabila Mohd  

Berkebolehan menyanyikan lagu irama tradisional melayu seperti keroncong, joget, irama rakyat dan lain-lain 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AMEEM Eksekutif Pemasaran Agensi Pelancongan Abdul Hamim Haji Sulaiman, 32 IG @hamim.official_  | FB Ameem Abdul

Meminati muzik sejak dari kecil dan mempunyai Ijazah Muzik dalam bidang vokal di Universiti Malaya (UM).  
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FARID Jurutera Mekanikal Farid Othman, 30 IG @farid.othmn | FB Farid Othman

Graduan kejuruteraan serta fasih berbahasa Perancis, boleh bermain alat muzik seperti gitar & saxophone. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Klip sedutan aktiviti perkembangan para peserta ketika membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan harian ‘Jom Intai Suara Viral’ pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 6.55pm bermula 15 June 2020. 
 
Manakala rakaman konsert mingguan ‘Suara Viral’ akan berlangsung dari Studio Visual Three, Seri Kembangan dan bakal ditayangkan selama dua jam pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 17 Jun 2020. Program 'Suara Viral' tahun ini mendapat tajaan sepenuhnya dari Nivea

 


 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.