KOLEKSI BARANG KEMAS REKAAN VINTAJ DAN ANTIK HANYA DI CHANTIQUE


Cantik dan antik. Gabungan dua perkataan yang diambil untuk menggambarkan rekaan dan koleksi barangan kemas yang terdapat di kedai emas jenama Chantique di bawah naungan Kumpulan Habib.


Idea dari Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Dato’ Sri Meer Habib untuk membuka kedai emas Chantique ini tercetus apabila mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan penggemar barangan kemas lama dan antik. Maka Chantique yang berada di Ampang Point sering menjadi tumpuan dan pilihan para pengumpul koleksi barangan kemas antik dan ‘preloved’.

Selain itu, rekaan barangan kemas klasik ini bukan hanya sesuai digayakan oleh golongan wanita yang berusia tetapi juga genarasi muda. Rekaan yang dahulunya popular kini mempunyai nilai sentimental tersendiri kepada si pemakainya dan sangat sesuai dijadikan harta warisan untuk diturunkan kepada generasi seterusnya. Setiap barangan kemas Chantique dijaga rapi dan dijamin keaslian serta ketulenannya.

Istimewanya di Chantique, harga yang ditawarkan jauh lebih rendah daripada harga pasaran emas namun masih mementingkan kualitinya. Tambahan pula, proses pembuatan barangan kemas Chantique menggunakan mesin yang sudah tidak lagi digunakan dalam pemuatan barangan kemas moden. Jadi rekaan itu tidak akan boleh didapati di mana-mana kedai barangan kemas yang lain kecuali di Chantique kerana hanya satu sahaja yang dijual untuk satu rekaan.

Mengimbau kembali zaman-zaman di mana rekaan popular seperti cincin buah kana dan anting-anting penyapu pastinya membawa seribu satu kisah di sebaliknya yang menarik untuk dikongsi bersama orang ramai.


Di Chantique terdapat beberapa koleksi yang pernah dimiliki dan digayakan oleh kerabat Diraja dan orang kenamaan. Jadi jika orang ramai ingin memiliki barangan yang pernah menjadi milik figura terkenal atau untuk dihadiahkan kepada yang tersayang, berkujunglah segera ke Chantique kerana pelbagai koleksi ditawarkan termasuklah koleksi barangan kemas berlian dan batu permata. Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian 03-42532282.

KOLEKSI VINTAJ EMAS CHANTIQUE

Dengan rekaan yang ringkas dan elegan, rantai tangan emas 22k ini sesuai untuk wanita yang gemarkan pemakaian emas harian. Nama rekaan ini ialah Rantai Pintal Sauh Lama.

Gelang emas bertatahkan berlian dengan rekaan bunga, sesuai untuk wanita yang gemarkan rekaan klasik.

Cincin emas Buah Kana bertatahkan berlian, salah satu rekaan klasik yang popular. Sesuai diberikan sebagai cincin perkahwinan untuk yang tercinta.

Cincin emas putih 18k bertatahkan berlian dan Mutiara. Sesuai digayakan untuk majlis istimewa.

Loket emas 18k bertatahkan berlian Loket ini sesuai digayakan untuk majlis perkahwinan

Dengan rekaan yang ringkas dan elegan, rantai tangan emas 22k bertatahkan berlian ini sesuai untuk wanita yang gemarkan pemakaian emas harian.

Kerongsang emas 18k bertatahkan berlian. Kerongsang ini sesuai digayakan dengan baju kurung atau gaun labuh untuk majlis makan malam eksklusif

Anting-anting emas 18k bertatahkan berlian dan batu zamrud. Sesuai diberikan sebagai hadiah kepada insan tersayang, khususnya wanita yang gemarkan gaya elegan.

Rantai emas 18k bertatahkan berlian dan batu nilam biru. Rekaan rantai ini sesuai untuk wanita yang gemarkan perhatian. Ia sesuai digayakan untuk majlis makan malam eksklusif.

Rantai tangan emas 22k bertatahkan berlian ini sesuai untuk wanita yang gemarkan barang kemas yang ringkas dan praktikal.

Kerongsang emas 18k bertatahkan berlian. Kerongsang ini sesuai digayakan dengan baju kurung atau baju kebaya

Cincin emas 22k dengan rekaan bunga ringkas, sesuai digayakan oleh remaja yang gemarkan barang kemas yang ringkas dan praktikal.


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.