DR CLO KINI DI MALAYSIA

Alat pensterilan mudah alih untuk kegunaan setiap rumah ini mempunyai persijilan FDA (US)

Setelah mendapat jualan yang laris melebihi 1.5 juta unit di Asia pada tahun 2019, kini Dr Clo tiba di pasaran Malaysia dan boleh didapati di farmasi terpilih dan platform e-dagang.


Alat pensterilan berinovasi ciptaan NON Corporation dari Korea Selatan ini mempunyai pelbagai fungsi, dipatenkan dan mudah alih untuk kegunaan dalam pelbagai aspek gaya hidup moden. Ia adalah satu-satunya produk Chlorine Dioxide dalam bentuk cecair di dunia yang telah mendapat persijilan daripada Jabatan Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (US Food and Drug Agency /FDA). Chlorine Dioxide adalah bahan utama untuk pensterilan, sanitasi dan disinfeksi pelbagai virus dan patogen dalam masa beberapa saat.


Produk ini telah diuji secara meluas di Korea dan Jepun dan didaftarkan sebagai produk yang selamat untuk digunakan di ruang kediaman.


Kemunculan buat pertama kali produk Dr Clo di Malaysia adalah tepat pada masanya, memandangkan terdapat peningkatan terhadap keprihatinan umum berkenaan kesihatan dan keselamatan di dalam negara dan juga antarabangsa. Ini adalah disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang telah mencetuskan minat dan kesedaran di kalangan pengguna tentang kepentingan udara dan persekitaran yang lebih bersih.


Di saat kesedaran orang ramai meningkat terhadap kepentingan untuk mensteril, disinfeksi dan menyahbau udara di ruang kediaman - tibalah Alat Pensterilan Dr Clo yang dapat melakukan semuanya itu!

Rangkaian alat pensterilan Dr Clo diformulasikan untuk memudahkan tugas para suri rumah di seluruh negara untuk memastikan keluarga mereka dilindungi secara optimum di dalam persekitaran yang spesifik.


Penyelesaian semua-dalam-satu ini adalah bebas-karsinogen dan tidak mengandungi bahan-bahan toksik, sementara bertindak sebagai formula yang berkesan untuk mencegah jangkitan virus, bakteria dan patogen. Ia tidak merbahaya kepada bayi, orang yang sedang sakit atau warga tua. Malahan, produk ini juga digunakan di rumah penjagaan orang-orang tua secara meluas.


Alat Pensterilan Dr Clo ini mudah digunakan. Pengguna hanya perlu memegang kedua-dua hujung alat tersebut dan membengkokkan untuk memecahkan kapsul di dalamnya. Penunjuk akan bertukar ke warna kuning dalam masa 12-24 jam selepas diaktifkan. Ia boleh dipasang di tempat yang diingini dengan menggunakan pemegang sedutan yang disertakan. Alat ini boleh digunakan sehingga 50 hari sebelum digantikan dengan yang baharu.


Alat Pensterilan Dr. Clo boleh didapati dalam empat varian yang berbeza – Kediaman, Bilik Air, Peti Sejuk dan Kereta.


Varian Kediaman adalah sesuai untuk digunakan di ruang rumah dan juga pejabat kerana ia mensteril ruangan dan melenyapkan bau busuk yang dihasilkan oleh saki makanan, kulapuk dan asap rokok. Ia mudah digunakan di atas rak, di dalam almari dan kabinet kasut untuk menjadikan ruang penyimpanan tersebut selamat dan tidak berbau busuk.


Sementara itu, varian Bilik Air adalah direka untuk kegunaan di ruang yang berkelembapan tinggi dan basah di bilik mandi.


Varian Peti Sejuk boleh digunakan untuk peti sejuk bagi memastikan makanan dan minuman yang disimpan di dalamnya kekal segar dan boleh disimpan dengan tempoh yang lebih lama tanpa bakteria dan juga mencegah bau yang kurang menyenangkan.


Varian Kereta pula mampu bertahan dalam keadaan suhu yang tinggi. Ia dicipta untuk kegunaan dalam kereta untuk mensteril ruang dalaman kereta dan menghilangkan bau yang dihasilkan melalui penghawa dingin.


Rakyat Malaysia kini boleh menikmati revolusi di dalam pensterilan, disinfeksi dan penyahbauan peribadi yang selamat dan berkesan untuk melindungi ruang kediaman keluarga dan juga gaya hidup mereka.

Rangkaian Alat Pensterilan Dr Clo boleh didapati di farmasi terpilih dan melalui platform e-dagang. Untuk maklumat lanjut tentang Alat Pensterilan Dr Clo, sila layari: www.drclo.com.my

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.