DATO' SRI SITI NURHALIZA KONGSI TERJEMAHAN EMOSI DALAM ALBUM MANIFESTASITI2020

July 3, 2020

 

Melihat kepada judulnya sahaja, sudah dapat membayangkan maksud tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan penyanyi bersuara ampuh ini  kepada mereka yang mendengarnya. Kini tertunai sudah janji yang pernah dilafazkan penyanyi tersohor negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza untuk muncul dengan buah tangan terbaharu iaitu sebuah album solo.

 

Penantian tiga tahun dengan penuh kesabaran serta termasuk berdepan dengan pelbagai kekangan seperti penularan  wabak COVID-19 yang membuatkan proses pembikinan album ini tertangguh,, akhirnya kerinduan peminat terubat dengan kemunculan album ManifestaSITI2020 yang dilancarkan hari ini.

 

Menurut Dato' Sri Siti Nurhaliza, album ini boleh dianggap sebagai satu terjemahan emosi dan juga suara hatinya yang ingin disampaikan kepada semua peminat, selain ingin mencatat kenangan peribadi pada tahun yang bukan sahaja unik dari segi angkanya tetapi juga bakal diabadikan dalam lipatan sejarah dunia.

 

"ManifestaSITI2020 ini adalah buah tangan saya pada tahun ini dan tentunya saya mahu mengabadikan sesuatu yang istimewa sempena kedatangan tahun yang mempunyai sejarah tersendiri kepada dunia.

 

"Saya hanya mahukan pencinta muzik, peminat dan penggemar lagu-lagu saya, bersama-sama di dalam manifestasi yang saya lakukan ini. Bagi saya, berkarya sudah menjadi tanggungjawab dan saya tidak mahu hanya menyanyi semata-mata tetapi biarlah karya saya itu mampu memberi manfaat dan juga membuka mata masyarakat", jelas Siti.

 

Sebagai penyanyi, Siti mengakui cukup bertuah kerana sepanjang dua dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, dia sudah berkerjasama dengan ramai komposer, lama dan baru yang masing-masing dilihat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

 

"Muzik ada anjakan tersendiri, setiap tahun ada beribu-ribu karya dihasilkan diseluruh dunia dan istimewanya setiap komposer tetap berjaya keluar dengan karya tersendiri," ujarnya.

 

Apa yang menarik, walaupun ada yang mengatakan penjualan album fizikal ketika ini agak lembap, namun itu tidak berlaku kepada artis yang mendapat jolokan penyanyi Nombor Satu Negara ini.

 

Sejak tempahan awal dibuka 29 Jun yang lalu, dalam masa beberapa jam sahaj sebanyak 1500 buah album Siti habis dijual sehingga memaksa pihak penerbit iaitu Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions menambah lagi stok cakera padat bagi memenuhi permintaan peminat.

 

Album ManifestaSITI2020 boleh didapati di platform SNP On Pay  dengan harga RM46.90. Penghantaran juga boelh dibuat sehingga ke Singapura, Brunei dan Indonesia. Terdapat sebanyak 11 buah lagu dimuatkan dalam album kali ini seperti Siapa Tak Mahu, Aku Bidadari Syurgamu, Kasihku Selamanya, Tertulis Nama Kita, 7 Nasihat, Kuasa Cintamu, Takhta Dunia, Basyirah. Terang, Anta Permana dan lagu gubahan semula dendangan Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad, Teratai Menjelma.

 

Dalam perkembangan lain, mereka yang berminat untuk mendapatkan album ManifestaSITI2020 Edisi Khas yang mengandungi pelbagai barangan cenderahati, boleh mula membuat tempahan di platform SNP On Pay mulai 6 Julai ini.

 

Sementara itu, muzik video rasmi lagu 7 Nasihat hasil koloborasi Siti bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta boleh ditonton dilaman Youtube Siti Official Video mulai 7 Julai 2020.

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.