SIAPAKAH BAKAL JUARA CERIA MEGASTAR 2020?

Menepati tekaan peminat, empat finalis ‘Ceria Megastar 2020’ iaitu Nana, Adinda, Kowachee dan Ija berjaya mara ke peringkat akhir konsert Ceria Megastar yang bakal berlangsung pada Sabtu ini. Dengan keputusan ini, kumpulan bakat lakonan, Group 17, diumumkan tersingkir apabila berada di kedudukan terbawah sewaktu pusingan separuh akhir.


Bertemakan #RoadToFinal, konsert minggu lalu menyaksikan para bintang kecil itu menyahut cabaran untuk membawakan lagu secara duet bersama artis jemputan masing-masing bagi menempa tiket ke pusingan akhir. Penari professional, Kowachee digandingkan bersama juara program Dansa Dan Sing, Sophia Liana. Beliau membuat persembahan tarian kepada lagu trending ‘How You Like That’ oleh Blackpink, dan berjaya meraih gelaran ‘Star of The Week’ pilihan juri! Ini merupakan kali kedua beliau menenangi gelaran itu.


Foto : Sophia Liana & Kowachee



Seorang lagi penari, Ija, menghangatkan pentas separuh akhir itu dengan mencuba genre baharu yang tidak pernah dilakukannya! Bersama pasangan duetnya, Shiha Zikir (pemenang tempat ketiga Dansa Dan Sing), mereka membuat tarian tradisional dan dikir barat kepada lagu klasik, ‘Ewa Bule’!


Foto : Shiha Zikir & Ija


Vokalis Adinda pula berduet bersama juara AF Megastar, Idayu! Meremang bulu roma menyaksikan dua power vocal ini mendendangkan lagu dari lejen, Mariah Carey dan Whitney Houston berjudul ‘When You Believe’. Kesemua juri (Zizan Razak dan Ernie Zakri), termasuk juri jemputan, Akim Ahmad, berikan Adinda standing ovation.


Foto : Idayu & Adinda



Finalis terakhir yang berjaya ke pentas finale, Nana, memberikan persembahan yang cemerlang bersama idolanya Naim Daniel, menerusi lagu ‘Dirgahayu’ nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.

Foto : Naim Daniel & Nana


Kini, debaran semakin terasa. Untuk peringkat finale, setiap finalis diberi cabaran untuk mempersembahkan lagu medley sebagai taruhan terakhir mereka. Siapakah di antara 4 finalis akhir yang bakal dinobatkan sebagai juara ‘Ceria Megastar’? Sama-sama kita saksikan!


‘Ceria Megastar’ disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Siaran secara serentak juga akan dipancarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.