NORA ARIFFIN KINI BERGELAR USAHAWAN MAKANAN

Trend pengusaha makanan kini makin meningkat berikutan permintaan terhadap makanan ready to eat sangat memudahkan para pelanggan merasai makanan tersebut tanpa perlu memasaknya lagi.



Penyanyi Popular Hanyalah Satu, Nora Ariffin mengambil peluang untuk berkecimpung dalam industri pengeluaran makanan dengan menyajikan makanan ready to eat iaitu Rendang Tok yang sangat laku keras. Di samping itu juga produk Daging Masak Hitam, Acar Buah dan Kuah Kacang turut dijual.


Usaha ini telah bermula sewaktu dalam Perintah Kawalan Pergerakan lagi dimana ketika itu mereka telah meraih permintaan pelanggan yang banyak dan tempahan berulang untuk sajian Rendang Tok.


Bermula sebagai pelanggan kepada Mega Event Catering yang sentiasa ditempahnya secara peribadi di setiap majlis, kini Nora diangkat sebagai rakan perniagaan dan mewujudkan kerjasama dalam mengeluarkan produk makanan tersebut.


'...saya agak cerewet dalam apa yang saya makan, saya suka makanan yang sedap dan mula tercetus ilham untuk mengadakan usahama bersama Mega Event Katering...' Ujar Nora




'..sebelum ini saya juga ada menerima pelawaan pengusaha makanan lain tetapi bersama Mega Event Katering makanan mereka menepati citarasa saya dan boleh dikata sebagai impian menjadi kenyataan...' Ujarnya lagi.




Baru-baru ini satu majlis menandatangi perjanjian usahasama telah diadakan di Bangi. Nora juga memberitahu pihak media bahawa setiap produk makanan yang dikeluarkan sentiasa menjaga kualiti dan mementingkan selera para pelanggannya.


Selain itu juga, masakan Kuzi Kambing, Pes Bihun Goreng, Pes Nasi Goreng dan Karipap Goreng turut akan diperkenalkan tidak lama lagi.


Pada masjlis tersebut, Nora turut mendendangkan lagu popularnya Hanyalah Satu. MYBUZZ








Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.