HAVAIANAS BUKA CAWANGAN UTAMA DI PAVILION KL


Havaianas, jenama yang telah membina warisannya sebagai Flip Flop ikonik buatan Brazil telah membuka kedai utamanya di Pavilion Kuala Lumpur. Sejak tahun 1962, jenama Havaianas telah berkembang , terkenal dan menjadi salah satu (1) ikon di Brazil. Reka bentuk dalaman kedai terbaru ini yang sesuai untuk peminat Instagram ber foto sambil memaparkan pokok kelapa yang dibuat dengan tali Havaianas. Slogan Let’s Weekend buat julung kali sebagai taktik utama untuk menarik perhatian orang ramai.


Havaianas bekerjasama dengan selebriti serantau untuk mendorong gaya hidup ”Lets Weekend”. Tujuan utama Havaianas adalah untuk menunjukkan bahawa anda boleh memiliki gaya dan keselesaan tidak kira siapa atau apa yang anda pakai.


Oleh itu, Havaianas dengan bangga mengumumkan Nelydia Senrose dan Afeefa dari Malaysia sebagai sebahagian daripada Skuad Havaianas antarabangsa bersama Luna Maya dari Indonesia.


Sebagai jenama flip flop nombor 1 di Brazil, Havaianas memulakan pengembaraan ini di tanah asalnya, Brazil. Perjalanan seminggu pada awal tahun 2020, Skuad Havaianas mengembara ke kota Sao Paolo yang berwarna-warni sebelum mengakhiri perjalanan di bandar persisiran pantai yang terkenal, Rio De Janeiro. Skuad Havaianas juga telah dipertemukan dengan para pengarah Havaianas antarabangsa, di kedai Havaianas yang terbesar di Sao Paulo untuk mengenali dengan lebih dalamnya sejarah dan etos Havaianas sebelum dibawa ke Rio untuk menikmati pemandangan ikoniknya serta makan malam dan bersamba.


Aktiviti di Brazil ini merupakan kali pertama Havaianas membawa skuadnya untuk menikmati pengalaman bersama jenama Havaianas. Havaianas berharap untuk mengadakan pengalaman sebegini dengan lebih kerap di masa depan. Nelydia, Fatin dan Luna adalah sebahagian besar daripada skuad APAC Havaianas termasuk Cecilia Song Yanfei dari China, Jaringorn dan Joss Wa-er dari Thailand, Jessica Mila Agensia dan Verrell Bramasta Fadilla dari Indonesia. Perluasan skuad adalah peluang besar untuk memperkenalkan para pelanggan kepada konsep baru dalam flip flop sebagai aksesori fesyen yang terbaru sambil membina hubungan aspirasi dan emosi yang hebat.


Gaya serta perwatakan Nelydia Senrose yang Iembut menjadikannya sangat sesuai menjadi duta untuk kolaborasi Swarovski sorotan utama pelancaran kedai di Pavilion. Mengambil inspirasi dari ciri alam semesta, Havaianas bekerjasama dengan Swarovski untuk meluaskan gaya baru, serta menghasilkan perhiasan yang nyata untuk menyinari jiwa anda.



Untuk mengetahui Iebih lanjut, sila lawati https://www.facebook.com/havaianasmalaysia & Instagram @havaianasmalaysia



Kedai Havaianas (Offline)

Pavillion: 5.08.02, Level 5. +6012-5770684 Mid Valley Mall: FK-05, Level 1. +601-25770542 Sunway Velocity: G-29, Ground Floor. +6012-5770619 Sunway Pyramid: G1.97A, Ground Floor. +6012-5770627


Kedai Havaianas (Online) LazMall: https//www.lazada.com.my/shop/havaianas/ Shopee: https://shopee.com.my/havaianas.os

GALERI | SEKITAR PELANCARAN RASMI CAWANGAN UTAMA HAVAIANAS DI PAVILION KL

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.