ARTIS-ARTIS POPULAR MALAYSIA MERIAHKAN KONSERT ONLINE HIGH5JOOX

JOOX Malaysia menghimpunkan artis-artis popular tanah air untuk memeriahkan ulang tahun kelimanya memberikan yang terbaik dalam muzik serta hiburan.



Rindukan suasana untuk menghadiri konsert di hujung minggu? Tidak perlu tunggu lagi, kerana JOOX - platform paling berdedikasi di Asia - akan membawakan persembahan secara langsung ke rumah anda! JOOX dengan bangganya menghimpunkan lima artis popular tanah air sebagai penutup kepada Konsert Online High5JOOX, yang pasti akan membuatkan peminat muzik di seluruh negara ini turut sama menyanyi dan menari dalam meraikan ulang tahun ke-5 JOOX Malaysia! Jika anda ingin berinteraksi secara atas talian dengan artis-artis JOOX ORIGINALS kegemaran anda ini sewaktu berlangsungnya konser ini, jangan ketinggalan untuk merebut peluang memenangi pas eksklusif sekarang!


Arena pop Malaysia ternyata terus bersinar dan gemilang! Sertai artis-artis JOOX ORIGINALS terhangat , Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, FML, Sophia Liana & Budak Ngam pada 15 Ogos, Sabtu, 9 malam secara eksklusif di aplikasi JOOX, untuk menyaksikan persembahan bertenaga mereka. Jika dengan hanya menonton persembahan mereka belum dapat memuaskan anda, anda juga berpeluang untuk berinteraksi dan mendekati mereka melalui panggilan video! Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk untuk berinteraki langsung secara online. Jangan lupa untuk terus mendapatkan maklumat lanjut melalui laman Facebook JOOX Malaysia / aplikasi JOOX!


Jangan tunggu lagi dan sertai artis artis JOOX ORIGINALS di konsert online ini dengan RSVP sekarang di https://bit.ly/31A4l2M.


Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan pengalaman konsert online yang unik dengan artis JOOX ORIGINALS.


Nantikan kehebatan vokal Ratu Balada, Dayang Nurfaizah yang sudah tidak asing lagi bagi peminat muzik dalam dan luar negara menerusi pelbagai anugerah muzik yang dirangkulnya


Penuhi isi hatimu dengan penyanyi, penulis lagu dan juga pelakon muda berbakat, Daiyan Trisha yang telah terjun ke dunia hiburan semenjak berumur 20 tahun melalui telefilem popular, Dee.


Bagi peminat muzik R&B tanah air, jangan ketinggalan untuk memberikan sokongan padu kepada duo FML, Fahimi Rahmat dan Mal Hamka yang baru sahaja melancarkan single mereka Payung Terjun. Mereka adalah artis di bawah naungan syarikat muzik Faithful Music milik penyayi dan komposer Faizal Tahir


Dan bersedia untuk terpukau dengan persembahan bertenaga oleh Sophia Liana dan Budak Ngam. Sophia merupakan seorang penyanyi rap wanita yang menganggotai kumpulan De Fam.. Selain menyanyi, Sophia juga merupakan seorang pelakon dan pernah mengacarakan sebuah program televisyen Bersama ahli kumpulan nya.

JOOX menyediakan lebih daripada 30 juta lagu di pustaka muzik dari seluruh dunia dan menghubungkan pengguna dengan artis, lagu, album serta senarai main peribadi mereka.


Jika anda Ingin terus mengikut perkembangan muzik di Malaysia dan di serata dunia, muat turun JOOX di telefon melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman web JOOX. Lebih banyak muzik dan persembahan secara langsung oleh artis tempatan dan antarabangsa, serta pertunjukan dan program baru yang menarik, yang akan dibawa oleh JOOX kepada anda! MYBUZZ!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.