REALME LANCAR STUDIO REKAAN PERTAMA DI MALAYSIA


realme hari ini melancarkan studio rekaan realme Design Studio pertamanya di Malaysia sekaligus memecah tradisi sedia ada dalam dunia reka bentuk kerana realme membawa teknologi dan seni di satu tempat. realme Design Studio telah bekerjasama dengan pereka terkenal di dunia seperti Naoto Fukasawa dan Jose Levy, untuk menghasilkan produk realme yang menjadi 'trendsetting' semasa.


Dari segi reka bentuk, realme telah memenangi Anugerah Reka Bentuk Red Dot yang berprestij untuk X2 Pro Masternya. Ini memberikan cabaran yang kuat kepada para jenama pesaing yang lain. realme telah mempelopori inovasi bukan hanya dalam reka bentuk tetapi juga dalam teknologi, terutama ketika melancarkan teknologi pengecasan pantas 125W pertama di dunia.


“Di Malaysia, kami bangga melancarkan realme Design Studio yang pertama dan berhubung dengan pereka muda dan juga yang bergaya di peringkat tempatan dan global. Pelancaran realme Design Studio memainkan peranan besar dalam reka bentuk trend semasa tahun ini. realme Malaysia akan melancarkan Realme Design Studio bersempena dengan pelancaran festival peminat realme C12 dan realme 828,” kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.


Studio Rekaan realme Design Studio yang terletak di Jalan Sg. Penchala, Kuala Lumpur bakal mengukuhkan lagi jenama itu dikalangan peminat jenama telefon pintar itu di Malaysia.

realme telah bekerjasama dengan jenama popular di kalangan belia Malaysia seperti Laneige, Sunway Lagoon, Lazada, Shopee, Nene Chicken, Nerdunit, Eggette Lab, BaWangChaJi dan Dissy. Artis kegemaran Malaysia seperti Bunga, Sophia Liana, Tuju ft Loca, Noki ft Loca, Yonnyboi X Zyn, Neeta, SOG (Sekumpulan Orang Gila), Sufian Suhaimi, Floor88 dan Insomniacks ​​juga turut berkolaborasi dalam Festival Peminat 828 dengan menmbawakan persembahan 'Dare to Leap' Dare' kepada rakyat Malaysia.



Tiffany menambah, "Ini akan menjadi minggu yang menarik bagi peminat realme kerana kami akan mengadakan banyak aktiviti yang menyeronokkan dengan koloborasi bersama beberapa jenama 'Dare to Leap' kami. Kami juga telah mencapai satu lagi pencapaian penting kerana Realme Studio Design dibina sepenuhnya hanya dalam 20 hari. Melangkah ke hadapan, kami juga akan secara aktif menjemput pereka rekaan terkenal di dunia untuk bersama-sama membuat produk yang direka bergaya di Realme Design Studio. "


Bermula dari kerjasama dengan pereka 'Master' terkenal dunia, Naoto Fukasawa pada tahun 2019, realme telah mengundang pereka dan seniman tren terkemuka di pelbagai bidang di seluruh dunia untuk membentuk "realme Design Studio" bagi melahirkan produk dengan mengikut trend terkini, 'attitude' yang seiring dengan reka bentuk realme. Selain Malaysia, realme juga tukut berhubung erat dengan pereka yang ternama di China, Eropah, Jepun, Korea Selatan, dan Amerika Syarikat, dan akan membawa lebih banyak telefon pintar dan produk AIoT yang bakal menjadi 'trendsetter', sekaligus bakal memberikan kejutan kepada pengguna. Realme Design Studio terletak di Lot: 58370, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.