FASHIONVALET PERKENAL KOLEKSI TERBAHARU DIINSPIRASIKAN PERKHIDMATAN POS MALAYSIA


Pos Malaysia dan FashionValet telah bekerjasama untuk membawakan koleksi Negaraku Negaramu, barisan pakaian streetwear yang diinspirasikan oleh sejarah dan warisan Pos Malaysia, serta bagi menghargai pengorbanan dan komitmen barisan hadapan Pos Malaysia sepanjang memenuhi keperluan rakyat Malaysia.


Satu acara ringkas telah diadakan semalam bagi melancarkan koleksi itu, yang dihadiri oleh Datuk Yasmin Mahmood (Pengerusi, Pos Malaysia), Datuk Fadza Anuar (Pengasas Bersama, FashionValet), Datin Vivy Yusof (Pengarah Kreatif Kumpulan, FashionValet) dan Mohamed Rozaidi Md Sharif (Ketua Pegawai Eksekutif, Pos Malaysia Berhad).


Rozaidi berkata kerjasama dengan jenama Malaysia yang terkenal dan segar seperti FashionValet adalah penghormatan bagi Pos Malaysia, tambahan pula kedua-dua organisasi berkongsi aspirasi yang sama iaitu untuk merapatkan jurang e-dagang dalam talian di Malaysia. Pos Malaysia juga adalah rakan penghantaran bagi FashionValet selama lebih 10 tahun.


“Melalui platform fesyen FashionValet, rakyat Malaysia dapat menikmati fesyen terkini dan mengikuti trend terbaru, sementara Pos Malaysia menyediakan kemudahan dan ketenangan kepada pelanggan melalui rangkaian pengedaran yang dipercayai dan meluas, ditambah pula harga yang berpatutan agar semua pelanggan dapat menikmati penghantaran yang cepat dan selamat terus ke rumah,” katanya.


Dari kiri : Datin Vivy Yusof, (Pengarah Kreatif Kumpulan, FashionValet), Datuk Yasmin Mahmood (Pengerusi, Pos Malaysia), Datuk Fadza Anuar (Pengasas Bersama, FashionValet) dan Mohamed Rozaidi Md Sharif (Ketua Pegawai Eksekutif, Pos Malaysia Berhad).


Vivy Yusof berkata, “Koleksi ini, selain menunjukkan cinta kita kepada Malaysia, juga cara untuk menghargai dan memperingati ribuan kakitangan Pos Malaysia atas segala jasa yang telah dicurahkan kepada kita semua sejak penubuhannya pada era 1880-an. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Pos Malaysia atas kerjasama ini dan kerana bersetuju untuk membawakan koleksi ini dengan kami! Saya berasa sangat bangga atas kerjasama ini.”


Koleksi ini menerapkan warna bendera Malaysia dan menghayati sejarah Pos Malaysia. Koleksi ini menawarkan pakaian seperti hoodies, baju-T, seluar kargo, bucket hat dan beg messenger. Harga adalah berpatutan dari RM59 hingga RM149 sehelai dengan saiz XS hingga XL.


Antara rekaan yang terdapat dalam koleksi terbaharu FashionValet, "Negaraku Negaramu" yang akan dilancarkan malam ini.


Terdapat 13 rekaan unisex dalam keseluruhan koleksi ini yang akan dilancarkan hari ini pada jam 10 malam di laman web FashionValet di www.fashionvalet.com serta di aplikasi mudah alih.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.