JOM LEPAK DI HADRAMAWT PALACE


Selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan pada Jun lalu bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kehidupan sosial warga kota Kuala Lumpur kembali seperti biasa namun masih mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan bagi mengelak meletusnya kembali penyebaran virus Covid-19.


Aktiviti perniagaan kembali beroperasi dan pada masa yang sama menghidupkan kembali nadi kehidupan kota metropolitan Kuala Lumpur. Begitu juga dengan masyarakatnya kembali sibuk dengan aktiviti sosial masing-masing.


Salah satu darinya ialah kembali dengan budaya lepak santai di kafe dan restoran bagi mengisi masa terluang, menikmati hidangan kegemaran mahupun menhabiskan masa bersama teman-teman sesudah selesai waktu kerja.


Kali ini kami di BM ingin berkongsi satu lokasi unik untuk bersosial khusus bagi penggemar makanan Timur Tengah di Kuala Lumpur. Lokasi ini kini telah melakukan beberapa perubahan pada konsepnya demi memberikan sesuatu kelainan kepada setiap tetamu yang singgah untuk 'lepak' mahupun menikmati menu Timur Tengah yang menjadi tarikan utama kesini.


Konsep dekorasi dalaman yang baru tetapi masih mengekalkan seni hiasan Timur Tengah. Terdapat 3 ruang berlainan konsep bagi memenuhi konsep 'santai' setiap pengunjung

Dekorasi menarik dengan mengetengahkan warna hitam dan putih selain dinding diukir khas pereka dalaman yang diterbangkan dari Yemen pasti membuatkan tetamu dapat merasakan suasana berbeza dan unik sebaik melangkah masuk ke dalam premis ini.


Ruang yang lebih luas ditambah pula penyediaan bilik bagi tetamu kenamaan (VIP) memberikan restoran ini imej yang lebih privasi dan mewah. Pada masa sama, ruang untuk keluarga dan rakan-rakan melepak santai turut disediakan sambil diiringi alunan lagu-lagu Arab.


Pilihan pelbagai makanan Timur Tengah yang menyelerakan menanti pengunjung ke Hadramawt Palace


Justeru, bagi anda penggemar makanan Arab terutama hidangan Nasi Arab, Nasi Mandy dan Nasi Malqubah ayam atau kambing, Hadramawt Palace adalah lokasi yang paling tepat untuk mengisi masa terluang selepas penat bekerja seharian ataupun 'lepak' santai bersama keluarga mahupun sahabat handai dihujung minggu.


Hadramawt Palace yang telah beroperasi sejak tahun 2011 kini terus mencuri tumpuan penghuni kota kerana ia merupakan restoran yang menjadi pilihan utama pelancong mahupun ekspatriat Timur Tengah serta warga Kuala Lumpur untuk menikmati menu masakan Arab dan Timur Tengah.


Menu popular yang disediakan di restoran dua tingkat yang terletak di Bukit Bintang itu semuanya asli dari Lebanon, Syria dan Yemen yang disediakan oleh chef yang dibawakan khas dan rempah ratus yang turut diimport dari negara berkenaan bagi memberi kelainan dan pengalaman baharu kepada pengunjung.

Diusahakan bersama tiga rakan kongsinya, Hadramawt Palace turut menawarkan pelbagai perkhidmatan catering secara pek dan dengan keluasan restoran yang boleh menampung 300 pelanggan, restoran itu turut dibuka khusus buat mereka yang ingin mengadakan pelbagai majlis.


Bagi yang menggemari makanan Arab terutamanya Nasi Arab, Hadramawt Palace pastinya tidak mengecewakan.


Sementara itu, sebagai langkah pencegahan wabak Covid-19, kakitangan Hadramawt Palace turut mematuhi antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengarah Hadramawt Palace, Faris Abdul Rahman berkata, pihaknya sangat komited mengikut garis panduan, selain merekod butiran pelanggan yang datang iaitu nama penuh, nombor telefon serta mengambil suhu badan pekerja dan pelanggan.

“Di dalam restoran pula, susun atur meja ditetapkan dengan jarak dua meter antara meja bagi memastikan penjarakan sosial.


“Pada masa sama, hanya dua pelanggan dibenarkan duduk semeja dengan setiap meja disediakan cecair pembasmi kuman.

“Apa yang kami lakukan ini bagi memastikan pelanggan yang hadir berasa selamat untuk menikmati menu yang disediakan tanpa ragu-ragu,” katanya.


Sambutan hangat diterima untuk konsep pek yang berharga mulai RM21 menjadi pilihan banyak syarikat korporat di sekitar Kuala Lumpur


Mengulas lanjut, Faris menambah, sejak arahan Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP), restoran itu tidak beroperasi selama tiga bulan dan hanya menumpukan kepada pesanan secara atas talian dan konsep bungkus untuk dibawa pulang.

Namun jelas beliau, konsep pek yang diperkenalkan mendapat sambutan luar biasa kerana mendapat pilihan banyak syarikat-syarikat korporat bagi program korporat tanggungjawab sosial untuk sumbangan nasi Arab kepada barisan petugas hadapan.

“Sama ada menikmati menu kami di sini atau dibawa pulang, pihaknya kami sentiasa menitikberatkan langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 ini.

“Namun pelanggan juga perlu bersedia menghadapi perubahan kehidupan dengan adanya ‘normal baharu’ ini,” katanya konsep pek itu disediakan untuk 20 tempahan ke atas.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi Restoran Hadramawt Palace Kuala Lumpur di talian 03-21433333 atau cawangan Melaka di talian 062866662 atau layari Instagram: Hadramawt.palace.restaurant


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.