SEJARAH ZAMAN KESULTANAN MELAYU DIJULANG MENERUSI FILEM PUTERA EMPAYAR NUSANTARA

November 24, 2019

 

Era Kesultanan Melayu sering dikhabarkan menerusi filem melayu klasik, naskhah melayu lama, pameran di muzium dan sebagainya. Justeru itu, bagi MB untuk memartabatkan empayar orang melayu, adat resam dan budaya ini perlu disebarkan kepada anak-anak muda dini hari supaya mereka tidak lupa akan asal usul keturunannya.

 

MB percaya dengan Produksi filem tempatan, Eria Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan mendapat ilham untuk menerbitkan sebuah filem bergenre "epik dan aksi" yang diberi judul "Putera Empayar Nusantara”. 

 

Majlis menandatangani (MOU) telah diadakan di antara Eira Ventures Sdn Bhd bersama para pelakon dan karyawan filem Putera Empayar Nusantara disaksikan oleh YTM Undang Luak Johol ,Dato’ Muhammad Hj Abdullah.

 

Filem arahan tiga pengarah ini mengambil inspirasi dari kisah sebenar zaman kesultanan Johor, Negeri Sembilan Pahang dan Kedah bakal dijangka filem tempatan yang berpotensi menjadi filem box-office sekaligus menembusi pasaran antarabangsa.


Menurut Pengarah/Penerbit filem Putera Empayar Nusantara, Asmadie Mokhada,


"Mungkin ramai tidak tahu, genre filem sebegini mempunyai permintaan yang tinggi, namun tidak banyak produksi yang berani mengambil risiko dalam menghasilkan filem bergenre seperti ini. Filem ini juga akan melibatkan Pengarah terkenal dari Indonesia , Ario Sagantaro yang banyak menghasilkan filem Hollywood, The Raid.


Filem Putera Empayar Nusantara ini juga menjadi produksi filem pertama yang mendapat kerjasama pengunaan CGI daripada Linux Group yang terkenal di Hong Kong dan negara Cina. Para karyawan filem Putera Empayar Nusantara turut menampilkan barisan artis ternama Malaysia dan Indonesia seperti Cecep Arif Rahman dan Ismi Melinda.


‘‘Pihak kami merasakan dengan adanya kerjasama nusantara dari sudut pembikinan filem bersama negara jiran ini dapat melonjakkan lagi jenama industri perfileman tempatan kita sendiri. Karaktor yang bakal dibawa oleh barisan pelakon juga sememangnya watak-watak yang berat dan kami percaya mereka akan laksanakan dengan baik.” Tambah beliau lagi.

 

 


Putera Empayar Nusantara dijangka bakal ke pawagam di seluruh Malaysia dan ingin menembusi pasaran antarabangsa pada tahun 2021. Jadual penggambaran filem Putera Empayar Nusantara bakal bermula tahun hadapan. 


Eria Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembila menyeru seluruh rakyat Malaysia kekal dan terus memberikan sokongan kepada industri filem tempatan terutamanya filem Putera Empayar Nusantara yang tidak akan mengecewakan penonton.

 

 Foto sekitar sidang media Putera Empayar Nusantara yang diadakan di di Hotel Royale Chulan, Seremban


Oleh itu, Eria Ventures Sdn Bhd turut menghargai jasa baik Kerajaan Negeri Sembilan dalam menyokong pembikinan filem ini, sekaligus berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.