ALBUM KELIMA SAMSONS "V", TERIMA SENTUHAN BUDAPEST SCORING SYMPHONY ORCHESTRA



Kumpulan Samsons baru saja melancarkan album terbaru mereka yang diberi judul "V". Bertepatan dengan judulnya, album ini merupakan album kelima mereka setelah lebih dari 17 tahun terlibat dalam industri muzik Indonesia. Album terbaru ini telah dilancarkan oleh label rakaman Universal Music Indonesia.


Bukan calang-calang apabila album "V" ini dihasilkan dengan penglibatan puluhan pemuzik terdiri daripada anggota Budapest Scoring Symphony Orchestra. Dalam album "V" ini, Samsons yang dianggotai oleh Aria Dinata (vokalis), Irfan Aulia Irsal (gitar), Erik Partogi Siagian (gitar), dan Aldri Dataviadi (bass) memberikan sentuhan muzik orkestra untuk semua lagu. Tidak menghairankanlah apabila nuansa muzik yang mereka paparkan dalam album ini kedengaran hebat kerana diiringi alunan bunyi daripada Budapest Scoring Symphony Orchestra.


Untuk penghasilan album "V" ini, Samsons telah mendapatkan khidmat 55 pemuzik terbaik orkestra di Budapest, terdiri daripada 40 orang pemain alat muzik bertali (strings players), 7 orang pemain alat muzik tiup kayu (woodwinds players), 7 orang pemain alat muzik bras (brass player) serta seorang pemain genderang (percussionist), yang sering membuat skor muzik untuk filem-filem Hollywood.



Album "V" memuatkan 12 lagu yang dipersembahkan oleh Samsons untuk peminat mereka dimana terdapat beberapa buah lagu telah dilancarkan terlebih dahulu sebagai single iaitu; "Ternyata cinta", "Tuhan tidak pernah salah", "I Love U", "Cinta Mati" dan juga "Jika Nanti" single terbaru mereka akan dilancarkan serentak dengan album ini.


Lagu “Jika Nanti” menjadi trek fokus untuk album V memandangkan ia mempunyai video muzik yang dihasilkan dengan jalan cerita yang bagus sesuai dengan lirik lagu “Jika Nanti”, mendengar lagu semasa menonton video muzik tersebut membolehkan anda menikmati single “Jika Nanti” lebih mendalam sambil memanjakan mata anda dengan visual yang menarik.


Seperti lazimnya, Samsons tetap memberikan warna muzik pop rock ballad untuk album "V". Dan tema cinta tetap menjadi senjata utama untuk diangkat dalam cerita di setiap lirik lagu. Lagu-lagu dengan tema percintaan seolah sudah sebati dengan Samsons, namun tema cinta pada umumnya boleh ditafsirkan atau diterjemahkan kepada banyak perkara.


Pada tahun 2021, Samsons juga meraikan 15 tahun lagu “Kenangan Terindah”, lagu ini merupakan salah satu lagu hits yang menjadi fenomena daripada Samsons dan masih kerap didengar sehingga kini, Bersempena meraikan 15 tahun lagu “Kenangan Terindah”, Samsons bakal merancang suatu kejutan kepada pendengarnya tidak lama lagi.


Album "V" kini sudah tersedia di semua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music. Sementara itu video lirik untuk lagu "Jika Nanti" boleh ditonton di tonton di saluran Youtube SamSonS Band.


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.