AZZAM SHAM JUARA , USOP NAIB JUARA BIG STAGE 2020

Azzam Sham atau nama sebenarnya, Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 23 akhirnya diumumkan sebagai juara Big Stage 2020 yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya sebentar tadi.



Mengulangi kejayaan sebagai 11 tahun sebagai Bekas Naib Juara Idola Kecil , Azzam Sham tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu menewaskan empat finalis lain. Kemenangan ini sekali gus melayakkan Azzam Sham membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.


“Saya tak tahu nak cakap apa sebab memang tidak jangkakan kemenangan ini. Ini bukan kemenangan mutlak saya seorang, sebaliknya kemenangn saya bersama finalis-finalis lain juga yang saya sudah anggap macam adik beradik sendiri.


“Saya juga berterima kasih kepada ibu bapa dan keluarga serta syarikat pengurusan Rusa Music yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya selama ini,” kata Azzam Sham sebaik diumumkan sebagai juara.


Sementara itu, Usop atau nama lengkapnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad, 23, memenangi tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,00 beserta trofi.


Tempat ketiga menjadi milik Qody Rany, 26, dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 beserta trofi.




Sementara Dinie Rashid, 28, dan Fadh Majid, 27, pula masing-masing berpuas hati di tempat keempat dan kelima dengan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.


Big Stage 2020 peringkat akhir ini diadili tiga juri profesional yang terdiri daripada Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir selaku juri tetap. Manakala penyanyi Misha Omar pula bertindak sebagai juri jemputan, selain Elly Mazlein berperanan sebagai Presiden Netizen.

Malam kemuncak Big Stage musim ketiga yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (124) dan Ria HD (104) itu menampilkan pasangan pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad.


Big Stage 2020 turut disertai Dr. Hafiz Zainal, Nana Sheme, Farisha Iris, Hanie Soraya, Amir Hassan, Yamani Abdillah dan Allahyarham Sandra Dianne.


Dua musim Big Stage terdahulu dimenangi Sarah Suhairi dan penyanyi dari Korea Selatan, Han Byul.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.