CLIFF UMAR RANGKUL JUARA,MUSS NAIB JUARA, AYU DAMIT TEMPAT KETIGA GEGAR VAGANZA 7



Sebentar tadi Gegar Vaganza musim ke 7 tahun 2020 telah pun melabuh kan tirai selama sepuluh minggu. GV7 menobatkan Cliff Umar sebagai Juara ,beliau menewaskan 6 Bintang di pentas akhir. Sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan Anugerah Bintang Paling Power RM2,000 serta bekalan barang Adabi selama sebulan.




Naib Juara GV7 dimiliki oleh Muss manakala tempat ke-3 milik Ayu Damit, tempat ke-4 Noraniza Idris, tempat ke-5 Linda Nanuwil, tempat ke-6 Oja dan tempat ke-7 Ashira.



Tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 , ketiga RM30,000 , keempat RM20,000, kelima RM15,000, keenam RM10,000 dan ketujuh RM5,000.

Semua bintang masing-masing menerima sebuah trofi Gegar Vaganza 7 dan pakej penginapan.


Selain itu Bintang Cuckoo Paling Gempak dimenangi oleh Linda Nanuwil. Oja memenangi Anugerah Digi Next Level sebanyak RM5,000.


Semua bintang akhir kali ini ditugaskan membawa lagu medley bagi persembahan pertama secara solo dan duet (bersama bekas Juara GV) manakala persembahan kedua membawa persembahan Battle Rap.

Persembahan lagu duet :

Ayu Damit ft Naqiu


Oja ft Siti Nordiana

Cliff Umar ft Noryn Aziz


Ashira ft Liza Hanim

Muss ft Azharina


Noraniza Idris ft Aishah


Linda Nanuwil ft Hady Mirza



Persembahan Battle Rap :