DRAMA ADAPTASI ‘ANGKARA CINTA’ DISAMBUNG 45 BUAH EPISOD



Berikutan sambutan hangat dan maklum balas positif yang diterima daripada para penonton, tayangan drama bersiri ‘Angkara Cinta’ kini disambung lagi sebanyak 45 buah episod baharu yang akan terus menemui penonton bermula pada hari ini.


Mengikut perancangan awal, naskah adaptasi melodrama arahan sutradara Hadith Omar ini sepatutnya berakhir di episod 70 pada 5 Februari yang lalu. Namun, dengan pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 115 buah episod.


Menurut Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima, disebabkan oleh sambutan hebat yang diterima dari penonton, drama ini telah meraih jumlah tontonan tertinggi di saluran Astro Prima sepanjang tahun 2020.


“Kami amat gembira dan berbesar hati dengan sambutan hangat yang diterima untuk drama ‘Angkara Cinta’ sehingga meletakkan ia sebagai drama no. 1 yang meraih jumlah tontonan tertinggi di Astro Prima sepanjang tahun 2020. Drama ini juga turut mencuri perhatian ramai di laman media sosial menerusi pelbagai perkongsian positif menggunakan tanda pagar #AngkaraCinta dengan lebih 8 juta jumlah tontonan digital ke atas rangkaian video promosi yang dikeluarkan."


"Oleh itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami hadiahkan 45 episod tambahan kepada para peminat yang pastinya tertanya-tanya apakah pengakhiran konflik kisah ini." jelas Norzeha

Sementara itu, susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) di Lembah Klang bermula 13 Januari lalu, pihak produksi mengambil keputusan untuk berpindah lokasi ke Ipoh, Perak bagi menyambung penggambaran yang masih berbaki untuk mengekalkan momentum sekaligus mengelakkan sebarang kesulitan.


Namun begitu, penggambaran tersebut hanya sempat diteruskan selama beberapa hari sahaja dan terpaksa dihentikan buat sementara waktu apabila Perak turut diumumkan berada di bawah PKP 2.0 bermula 22 Januari sehingga kini. Sepanjang tempoh PKP 2.0 berkuatkuasa, seluruh kru produksi dan barisan pelakon yang terlibat memutuskan untuk kekal berada di Ipoh.


Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan tenaga kerja terjamin, pihak produksi turut mengambil inisiatif agar kesemua yang terlibat dengan penggambaran drama ‘Angkara Cinta’ perlu menjalani ujian saringan berkumpulan serta terikat dengan kawalan kendiri dan pematuhan SOP yang ketat sebagai langkah berjaga-jaga.



Drama bersiri ‘Angkara Cinta’ terbitan syarikat produksi Juita Viden ini telah diadaptasi ke format kisah melayu daripada drama asal ‘The Two of Us’ atau lebih dikenali dengan judul ‘Tayong Dalawa’ yang mana ia merupakan telenovela popular yang mendapat sambutan hangat di Filipina sekitar tahun 2009.


Drama ini turut mendapat sentuhan sutradara berkaliber, Michael Ang selaku penerbit serta barisan penulis skrip yang diketuai oleh Amor Rizan dan Rehal Nuharis. Antara barisan pelakon yang menjayakan drama ini termasuklah Hun Haqeeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim, Syazwan Zulkifly, Datin Nina Juren, Sharifah Shahora, Normah Damanhuri, Roy Azman serta ramai lagi.


‘Angkara Cinta’ disiarkan menerusi slot Tiara secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.