DRAMA SITKOM 'RESORT KASIH BUNGA RAYA' BAKAL HIASI SLOT SITRUS RTM1



Drama bersiri terbaru , terbitan dari Arie Zaharie Production dan Knack Knack Studios yang berjudul " RESORT KASIH BUNGA RAYA " - bakal bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis mulai hari Isnin ini, 15hb Mac 2021, jam 10.30 malam di slot Sitrus di saluran tv1, RTM.


Drama " RESORT KASIH BUNGA RAYA " diarahkan oleh Norliza Ismail, seorang pengarah yang sangat berpengalaman dan tidak asing lagi di kalangan stesen-stesen tv, syarikat produksi dan para pelakon lama dan baru. Drama 13 episod ini dibintangi oleh barisan pelakon seperti Roy Azman, Rahim Omar, Mustaqim Bahaddon, Tash Yong, Melanie Tan, Derek Yifan, Thiyagaraja Marimuthu dan ramai lagi .


Setiap episod drama ini juga bakal menampilkan barisan pelakon jemputan berbeza seperti Dini Schazmant, Tony Eusoff, Black Hanafiah, Nadia Mustafa, Izzmad Harun serta ramai lagi.

.

Menurut penerbit Arie Zaharie, Drama (RKBR) merupakan cetusan idea asal seorang pelakon, pelawak, penulis skrip serta pengarah kreatif yang berpengalaman, Sabri Yunus mengetengahkan tema romantik komedi dalam suasana keceriaan kehidupan sekumpulan pekerja dan pengunjung di sebuah resort peranginan.



"Pelbagai kisah lucu dan sedih yang berlaku serta gelagat para pekerja dan tetamu diselitkan dalam drama yang bakal bersiaran selama 13 episod ini. Setiap episod diolah dan mempunyai penceritaan dan mesej mesej berbeza yang ingin disampaikan untuk penonton setia TV1 menilai serta dijadikan iktibar. Pasti ada yang tersenyum ketika menonton drama ini kerana terkenangkan flashback realiti yang mungkin terjadi dalam hidup mereka sebelum ini" kata Arie Azharie


"Penggambaran Drama (RKBR), dijalankan selama 14 hari di lokasi Hype Motorsports Hotel, Port Dickson," tambah Arie Zaharie lagi.


Pihak produksi Arie Zaharie Production dan Knack Knack Studios mengajak semuanya penonton setia di TV1, untuk bersama-sama menonton drama bersiri ini bersama Keluarga tersayang serta sahabat taulan dalam suasana santai di rumah, dengan semangat "kita jaga kita dan "duduk dirumah" sambil mengekalkan hubungan silaturrahim kekeluargaan kasih sayang dengan lebih erat lagi bagi membendung wabak Virus Corona dari terus merebak terus.

.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon