FARMASIA LANCAR SIRI MANDIAN XORRA BODY WASH DIPERKAYA HARUMAN MINYAK WANGI TAHAN LAMA

Pandemik Covid-19 benar-benar memberi impak baik secara mental mahupun fizikal, apatah lagi ia turut terkait dengan ekonomi termasuk menyusutkan kantung dapur kita. Ramai yang hilang pekerjaan dan beralih kepada alternatif mencari mata pencarian. Hal ini disedari oleh Pengarah Urusan Farmasia Sdn Bhd, Puan Zohrah Razak sehingga terpanggil untuk membantu mereka memulakan perniagaan sebagai cabang rezeki baru.


“Mulanya saya pun tidak terlintas untuk keluarkan produk kecantikan sendiri memandangkan syarikat saya sejak 2009 lagi menjadi pengedar ubat-ubatan ke seluruh negara. Namun dek kerana ingin membantu mereka mencari pendapatan sampingan atau utama, timbul idea untuk saya keluarkan produk di dalam bidang kecantikan.


“Maka lahirlah sabun mandian Xorra Body Wash kerana dari segi pasaran, saya melihat industri kecantikan sangat berkembang dan memudahkan mereka yang mahu berniaga untuk memasarkannya.


“Bagaimanapun syarikat kami bukan buat sesuka hati semata-mata pasaran yang besar dan sebagai syarikat yang berpengalaman dalam industri farmaseutikal, kami gabungkan kecantikan dan sains itu dalam Xorra Body Wash: The Science of Care,” ujar Puan ZohrahRazak ketika pelancaran produk berkenaan di sini, hari ini.


Xorra Body Wash: The Science of Care didatangkan dalam 3 haruman yakni Rose Petals, Morning Breeze dan Sakura Spring. Ketiga-tiganya mempunyai haruman minyak wangi yang berbeza dan tahan lama.


Menurut Puan Zohrah, sabun mandian Xorra Body Wash ini sangat berbeza daripada apa yang sudah ada di dalam pasaran tempatan terutama kandungannya yang berasaskan tumbuhan dan alam semulajadi, selain haruman tadi.



“Kami menggunakan ekstrak tumbuhan dan berasaskan alam semulajadi seperti ekstrak ros dan minyak argan yang sangat baik untuk kulit manusia. Kami cuba mengelak daripada penggunaan bahan kimia kerana ia akan mengganggu kulit kita kemudian hari.


“Secara tak langsung, kami ingin mendidik masyarakat peri pentingnya menggunakan produk yang bebas bahan kimia.


“Selama ini orang kita hanya fikir atau mengelak daripada makanan yang banyak bahan terlarang tetapi kadang-kadang mereka lupa terhadap penjagaan diri seperti kulit yang sering terdedah kepada bahan kimia. Kalau mandi dua kali sehari, itu bermakna dua kali juga kita terdedah kepada risiko jika menggunakan bahan mandian berasaskan bahan kimia,” katanya.


Pada majlis yang meriah itu juga, Farmasia Sdn Bhd memperkenalkan duta Xorra Body Wash: The Sc