FESTIVAL BELI-BELAH STARVENDORS MEGA RAYA FEST KEMBALI


Starvendors Mega Raya Fest 2021 kini kembali meneruskan tradisi acara tahunan meneruskan tradisi acara tahunan dengan menghimpunkan 400 jenama fesyen, kecantikan dan kelengkapan rumah untuk sambutan Aidilfitri tahun ini bermula pada 7 hingga 9 Mei 2021.


Festival beli-belah mega yang berlansung selama 3 hari berturut-turut itu juga menghimpunkan usahawan-usahawan dan selebriti tempatan dalam memasarkan perniagaan mereka. Pada tahun ini festival Starvendors memasuki edisi kedua penganjurannya sejak mula dianjurkan pada 2019 termasuk beberapa siri jelajah di negeri Johor dan Sabah.


Starvendors dikenali dan mempunyai jutaan pengikut dalam meraikan kepelbagaian aktiviti termasuk jualan, pameran, permainan dan cabutan vaganza untuk pengunjung. Misi utama Starvendors berskala besar untuk membantu perniagaan usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) dan juga usahawan-usahawan dikalangan selebriti tanah air.


Acara tahunan ini walaubagaimanapun terpaksa dibatalkan penganjurannya pada tahun lalu ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan ini merupakan salah satu sebab mengapa Starvendors edisi tahun ini diteruskan agar ia dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dan pada masa yang sama membantu para usahawan bangkit semula untuk mempromosikan produk dan perkihdmatan mereka.



Festival Starvendors akan berlansung dari jam 10 pagi sehingga 2 pagi selama 16 jam tanpa henti bertempat di Hall 4 Dewan Tun Hussien Onn dan Dewan Tun Dr. Ismail. Sebanyak 300 lebih booth jualan disediakan menampilkan lebih 400 jenama tempatan yang majoritinya dimiliki oleh usahawan bumiputera. Turut memeriahkan festival tersebut kali ini adalah pembabitan seramai 50 orang selebriti dan artis popular tanah air yang bakal mengetengahkan jenama mereka sendiri.


Festival Starvendors diterajui oleh Puan Saripah Raziah atau lebih dikenali sebagai Ifa Raziah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Event SB. Selain terkenal sebagai selebriti popular tanah air dengan pengalaman selama 20 tahun, beliau juga membuktikan bahawa beliau mampu mengendalikan acara berskala besar setanding acara-acara besar lain yang pernah dianjurkan di negara ini.


Ifa Raziah begitu komited demi mencapai lebih banyak kejayaan dan percaya dengan kebolehan serta kepakaran pasukannya bahawa mereka mampu menganjurkan festival yang sentiasa dikagumi didalam mahupun luar negara.


Festival Starvendors 2021 adalah kebangkitan untuk acara bersaiz mega yang dijalankan di lokasi terhangat Kuala Lumpur World Trade Center dengan kerjasama jenama-jenama seperti Jubahsouq, Ekkidos, Nealofar Hijab, Alha Alfa Cosmetics, Secret Desire dan banyak lagi.



Antara selebriti yang akan menggegarkan Starvendors edisi kali ini ialah Dato AC Mizal, Datuk Seri Vida, Cik B, Rozita Che Wan, Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Erra Fazira, Liza Hanim, Zizi Kirana, Bob Yusof, Zoey Rahman, Shila Amin, Amelina, Putra Amaris, Kumpulan Rabbani, Nana Mahazan, Syamel dan Erni Zakri, Yonnyboii, Tuju dan Noki K-Clique, Zulin Aziz serta ramai lagi.


Festival Starvendors 2021 turut menampilkan pengacara selebriti seperti Ahfad, Watie Elite, Ani Mauyuni, Acong Sweetchilld dan pengacara 'on ground' seperti Mamu Penang, Kelly Azman serta Sham Pujangga.


Beroperasi dalam norma baharu , Festival Starvendors akan mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membendung penyebaran Covid-19. Segala langkah berjaga-jaga akan diambil seperti pemeriksaan suhu, aplikasi MySejahtera, sanitasi berkala di setiap ruang legar serta penjarakan sosial. Orang ramai tidak galakkan untuk membawa bersama kanak-kanak dibawah 12 tahun. Sementara itu had umur yang dibenarkan masuk adalah sehingga 60 tahun.


Sebagai menghangatkan lagi edisi kali ini, Starvendors bakal mengadakan cabutan vaganza bertuah terkumpul dengan hadiah yang bernilai sehingga RM100,000 termasuk sebuah kereta dan tiga buah motorsikal serta hadiah eksklusif dalam peraduan 'Beli & Havoc'. Pemenang akan diumumkan selepas cabutan terkumpul di Starvendors Mega Raya Fest dan Starvendors YES Fest tahun ini. Festival Starvendors juga bakal megadakan acara tahunan Year End Sale yang dikenali sebagai YES Fest pada akhir tahun ini diikuti dengan beberapa acara di negeri-negeri lain pada tahun 2022.


Festival Starvendors turut disokong oleh Astro selaku media penyiar rasmi bersama stesen radio Era, Sinar dan Mix FM selain Seri Pacific Hotel.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts