FILEM BULAN & PRIA TERHEBAT KINI DI ASTRO FIRST



Penantian penonton dan peminat filem Bulan & Pria Terhebat berakhir apabila filem arahan pengarah Polis Evo 1, Ghaz Abu Bakar bakal berada Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 11 Mac ini! Terdahulu, filem ini telah ditayangkan di pawagam Malysia, Brunei dan Singapura, namun ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tayangannya terpaksa dihentikan selepas lima hari. Meskipun ketika itu dalam pra-pandemik, tetapi sambutan dan reaksi penonton amat positif.


Menariknya Bulan & Pria Terhebat ini, ia mengangkat tema hero wanita dan tentunya ia sesuatu yang segar buat penggemar filem tempatan. Penonton dapat menyaksikan kemampuan pelakon Zahirah MacWilson membawa adegan aksi yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Disamping itu, filem BPT ini juga merupakan kali pertama Maya Karin membawakan watak antagonis bernama Tony.


Antara daya tarikan lain filem komedi aksi ini adalah lakonan mantap, Zizan Razak, Khir Rahman, Bell Ngasri, Didie Alias, Rashidi Ishak, Alif Hadi, Mimi Ernida, Aprena Manrose, Marissa Yasmin, Sofia Dendroff, Sein Qudsi, dan Yus Noor. Kali ini Zizan Razak membawa watak berbeza berbanding dengan watak yang pernah beliau tampilkan sebelum ini, iaitu seorang pemandu e-hailing dan meminati sukan papan luncur. Malah, gandingan Zizan Razak bersama Bell Ngasri dan Alif Hadi mampu membuat penonton terhibur dengan karakter mereka, dan sekaligus menjadi trio kegemaran abad ini.


Penerbit Nizra Entertainment, Ketua Pegawai Eksekutif Nizra Entertainemt, Nik Iruwan Datuk Nik Izani berkata, “Filem ini telah ditayangkan selama lima hari di pawagam pada tahun lalu dan terpaksa dihentikan tayangannya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Meskipun berada di pawagam ketika dalam situasi pra-pandemik COVID-19 dan dalam tempoh yang singkat, namun sambutan penonton memberangsangkan.


"Setelah berbincang dengan rakan penerbit dan mengambil kira faktor keadaan sekarang ini, kami memilih untuk menayangkan Bulan & Pria Terhebat di platform Astro First. Kami percaya, dalam keadaan norma baharu sekarang, platform Astro First mampu membawa karya ini terus kepada penonton di luar sana secara menyeluruh. Harapan kami, kehadiran filem dapat menghiburkan penonton dengan hasil kualiti produksi yang menampilkan keunikan tersendiri.”



Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami percaya, elemen hero wanita sentiasa menjadi perhatian penggemar filem. Seiring dengan Hari Wanita Antarabangsa pada bulan ini, kami membawakan buat pertama kali, sebuah filem tempatan yang mengangkat watak hero wanita terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First.

"Selepas trailer versi baharu dikongsikan di akaun media sosial baru-baru ini, rata-rata peminat dan penonton berkongsi rasa teruja menantikan kehadiran filem ini. Kami yakin, tahun lalu ramai yang tidak sempat untuk menonton di pawagam, lalu kami berharap dengan menayangkan di Astro First, ia mampu memberi kepuasan kepada penonton serta boleh dinikmati seluruh isi keluarga menerusi komedi, jalan cerita, sinematografi serta barisan pelakon hebat.”


BPT mengisahkan tentang Bulan, pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sin