FIREFLY LANCAR PROMOSI JUALAN TIKET UNTUK LALUAN PENERBANGAN DARI HUB PULAU PINANG



Firefly telah melancarkan promosi jualan tiket untuk operasi jet terbaharu dari Pulau Pinang ke Kota Kinabalu, Kuching dan Johor Bahru dengan tambang serendah RM79 sehala. Sebagai tambahan, ahli berdaftar Firefly akan dapat menikmati harga eksklusif dengan tambang serendah RM69 sehala.


Para pelanggan akan menikmati penerbangan dengan selesa dengan tiga pesawat Boeing 737-800 untuk laluan baru ini mulai Januari 2021. Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Philip See berkata, "Kami sangat senang memulakan perjalanan 2021 dengan perkhidmatan jet kami dari Pulau Pinang, yang menghubungkan Malaysia."


Laluan ini akan memberi kelebihan kepada pelancong perniagaan dan percutian kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang adalah hab Utara yang utama menghubungkan ke bandar-bandar besar di seluruh Asia. Firefly akan menyediakan perkhidmatan sebanyak 2 hingga 3 kali sehari untuk laluan ini kerana melihat kepada permintaannya berdasarkan kepada kepelbagaian faktor pasaran.


"Kami berharap dapat menyokong pemulihan ekonomi industri perniagaan dan pelancongan. Tahun 2020 telah menjadi tahun yang mencabar bagi kita semua dalam industri pelancongan dan kami berharap perkhidmatan baru ini dapat mempercepatkan pemulihan ekonomi keseluruhan pada tahun 2021," tambah Philip.

Rangkaian Firefly dan perkongsian kod yang kuat dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan MASwings akan memberikan pengalaman perjalanan yang lancar kepada para pelanggannya, sambil mempelbagaikan pangkalannya yang menghubungkan bandar-bandar di Malaysia ke Malaysia Timur, Thailand, Indonesia dan Singapura.


Penerbangan Firefly menyediakan perkhidmatan yang fleksibel; menawarkan pilihan kepada pelanggan yang merangkumi keselesaan, kemudahan dan nilai tambah disepanjang perjalanan. Para pelanggan akan terus menikmati kemudahan aerobridge, peluang untuk memperoleh dan menebus mata Enrich dengan pilihan untuk menambah keistimewaan lain seperti pemilihan tempat duduk, perlindungan insurans, makanan panas dalam penerbangan dan banyak lagi.


Pelanggan juga boleh memilih kumpulan perkhidmatan FlyPremium dan FlyInfinite untuk menikmati ciri produknya termasuk perubahan penerbangan tanpa had, peruntukan bagasi 35KG, makanan panas dalam penerbangan, pemilihan tempat duduk dan banyak lagi faedah.


Tiket boleh dijual melalui semua ejen pelancongan, laman web Firefly dan pejabat tempahan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan, kunjungi www.fireflyz.com.my atau hubungi + 603-78454543.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts