FORMULASI GLUCERNA BARU LENGKAPI KEPERLUAN NUTRISI PESAKIT DIABETES


Diabetes menjejaskan 3.9 juta dewasa di Malaysia, satu daripada kadar insiden tertinggi di Asia, menurut Kementerian Kesihatan. Menyedari kejadian epidemik diabetes yang makin parah di Malaysia, Abbott memperkenalkan Glucerna baru – diformulasi untuk penghidap diabetes dan terbukti secara klinikal dapat mengawal paras glukosa dalam darah pada sasarannya dalam masa hanya 4 minggu.


Dalam satu sesi sidang media yang diadakan baru-baru ini secara maya, seramai 3 ahli panel yang terdiri daripada Profesor Madya Dr Norlaila Mustafa, Doktor Perunding & Pakar Endokrinologi, dan Ketua Jabatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Winnie Chee dari Jabatan Pemakanan & Dietetik, Universiti Perubatan Antarabangsa (International Medical University) serta Dr Nina Mazera Mohd Said, Pengarah Perubatan untuk perniagaan pemakanan, Abbott di Malaysia berkongsi informasi bersama wakil media dan bloggers berhubung trend semasa penyakit dan pesakit Diabetes di Malaysia.


Trend penyakit ini bukan sahaja meningkat, tetapi mereka yang didiagnos menghadapi kesukaran dalam menguruskan dan mengawal paras glukosa dalam darah. Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh Abbott yang bertujuan mendalami cabaran yang dihadapi pesakit diabetes dan mencari penyelesaian untuk memperkasakan pesakit, 96% daripada 158 responden didapati mengalami Kelesuan Diabetes – keadaan di mana mereka berasa lesu dari segi emosi atau fizikal disebabkan perasaan kecewa dan tidak berupaya akibat beban pengurusan diabetes yang dihidapi, dan mahu lebih berdaya dalam diet mereka.

“Kawalan glukosa yang kurang baik adalah masalah utama di kalangan pesakit diabetes di Malaysia, kerana ramai daripada mereka kurang pengetahuan tentang tabiat pemakanan dan perubahan kecil dalam pelan pemakanan yang boleh memberi impak negatif terhadap pengurusan diabetes,” kata Profesor Madya Dr Norlaila Mustafa, Doktor Perunding & Pakar Endokrinologi, dan Ketua Jabatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia.


“Justeru, memastikan paras glukosa dalam darah berada pada sasarannya boleh mengekang atau melambatkan komplikasi seperti buta, penyakit buah pinggang dan penyakit jantung.” jelas Dr Norlaila lanjut.


Kelesuan Diabetes di kalangan penghidap diabetes didapati menyumbang kepada kadar kepatuhan yang rendah, penjagaan kesihatan diri yang berkurangan dan kawalan paras glukosa yang lemah. Lebih daripada tiga suku responden menyatakan bahawa mengekalkan berat badan sihat dan mengikuti diet sihat adalah dua punca tekanan yang utama. Dua aspek teratas dari segi pengurusan diet yang menyebabkan tekanan adalah mengikuti diet yang sesuai untuk penghidap diabetes (72%) dan perlu mengira kalori atau karbohidrat setiap hari (73%).


Sementara itu, menurut Profesor Dr Winnie Chee dari Jabatan Pemakanan & Dietetik, Universiti Perubatan Antarabangsa (International Medical University), penghidap diabetes sering dibebani oleh banyak aspek penjagaan kesihatan diri, terutamanya pilihan pemakanan hingga mendatangkan tekanan.


"Tekanan boleh mempengaruhi kawalan diabetes, oleh itu menguruskan keadaan emosi dan psikologi sama pentingnya dengan menguruskan bacaan glukosa. Mengetahui makanan ‘betul’ untuk dimakan yang tidak akan menaikkan paras gula dalam darah adalah cabaran yang sukar bagi kebanyakan individu.


"Pengawalan pemakanan memainkan peranan penting dalam pengurusan diabetes dan melambatkan komplikasi, oleh itu pasukan kesihatan pelbagai disiplin yang merangkumi pakar pemakanan dapat membantu penghidap diabetes belajar bagaimana makan dengan baik sambil mengurangkan tekanan dan menguruskan diabetes dengan lebih baik,” tambah Professor Dr. Winnie Chee.



PILIHAN DIET YANG MUDAH BOLEH MEMPERKASAKAN PESAKIT


Tinjauan menunjukkan bahawa responden mahu meningkatkan keupayaan menguruskan pemakanan mereka, melalui penyelesaian yang mengurangkan tekanan akibat mengikuti diet khusus bagi penghidap diabetes. Dua penyelesaian yang dirasakan paling membantu adalah hidangan mesra-diabetes yang mudah didapati dan mampu dibeli (88%) dan makanan tambahan spesifik kepada diabetes untuk menggantikan hidangan atau snek (91%).

“Formula khusus bagi penghidap diabetes adalah penyelesaian yang ringkas dan mudah yang mampu membantu penghidap diabetes mengubah gaya hidup mereka. Selama lebih 30 tahun, Abbott telah mengkaji dan membangunkan formula bernutrisi khusus untuk penghidap diabetes. Glucerna® dengan formulasi baru memudahkan penghidap diabetes mengawal pengurusan paras glukosa mereka dalam masa secepat empat minggu.” kata Dr Nina Mazera Mohd Said, Pengarah Perubatan untuk Perniagaan Pemakanan, Abbott di Malaysia.


Glucerna® baru dengan formulasi diperbaiki sesuai untuk individu dengan pra-diabetes, diabetes dan diabetes sewaktu hamil. Ini adalah satu-satunya formula khusus diabetes di Malaysia dengan perisa gandum. Glucerna® yang baru menawarkan Sistem Karbohidrat Rendah Glisemik yang baru dan diperbaiki dan 4 kali lebih banyak nutrien myo-inositol untuk membantu menguruskan paras gula dalam darah; dwiserat dan campuran lipid unik untuk membantu mengekalkan sistem pencernaan yang sihat; dan penambahan kandungan vitamin D, kalsium, zink dan zat besi untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan penghidap diabetes.


CABARAN “BE IN CONTROL IN 4 WEEKS WITH GLUCERNA”


Bersempena dengan pelancaran formulasi Glucerna® baru serta sambutan Hari Diabetes Sedunia yang disambut di Malaysa pada setiap 14 November, pihak Abbott telah mengadakan satu program cabaran “ Be In Control In 4 Weeks With Glucerna” yang turut disertai oleh beberapa pengamal media serta pempengaruh media sosial di Malaysia yang juga merupakan pesakit Diabetes, bagi membuktikan keberkesanan Glucerna® dalam membantu mengawal kadar glukosa dalam pengambilan diet seharian.


Sebagai salah seorang pengamal media yang menerima cabaran tersebut, formulasi baru Glucerna® diperakui dapat membantu pesakit Diabetes seperti saya dalam pengurusan diet seimbang serta pengawalan kadar glukosa seharian.


Selain pengambilan ubat yang telah dipreskripsikan oleh doktor secara konsisten, saya menggunakan formulasi baru Glucerna® sebagai pengganti makanan untuk sarapan dan makan malam. Selain itu, kaedah pengambilan diet sihat Malaysia yang disyorkan iaitu dalam kuantiti suku, suku separuh turut membantu saya mengawal kadar glukosa dalam diet seharian .

Kadar bacaan glukosa dalam darah saya mnunjukkan penurunan iaitu dari bacaan 9.1mmol/L kepada 8.2mmol/L setelah 3 minggu menggunakan Glucerna® sebagai pengganti makanan. Analisis hemoglobin glikosilasi yang dbuat baru baru ini semasa lawatan berkala ke hospital turut menunjukkan penurunan dalam bacaan paras HbA1c iaitu dari 12.8 peratus ke 11.4 peratus.


Dengan keputusan yang diperolehi menunjukkan keputusan yang positif, tidak disangkal bahawa formulasi Glucerna® baru ini berjaya membantu saya dalam mencapai impian untuk hidup lebih sihat. Dapatkan sample Glucerna di laman sesawang ini. Boleh juga dapati Glucerna di Lazada dan Shopee.


#GlucernaMyJourney

#BeInControlWithGlucerna

#GlucernaMy