GANDINGAN DUA BINTANG BIGSTAGE 2020 JAYAKAN TELEMOVIE 'KIFARAH BUTA" DI ASTRO CITRA



Telemovie terbaru terbitan Arie Zaharie Production dan Knack Knack Studios yang berjudul " KIFARAH BUTA" - Biar Buta Mata, Jangan Buta Hati akan ditayangkan di Astro Citra 12hb Disember ini jam 9 malam.


Telemovie Kifarah Buta, arahan Hashim Rejab, yang dilakukan di sekitar Kuala Lumpur sebagai lokasi utama semasa PKPB yang mengambil masa penggambaran selama 7 hari saja serta bersesuaian dengan jalan cerita asal yang diilhamkan oleh Hashim Rejab sendiri dan Skrip di tulis oleh Eenaz Mokhtar dan Ct Na Marzuki. Seramai 8 orang pelakon yang menjayakan telemovie ini termasuk 2 bintang BigStage 2020 seperti Farisha Irish dan Fadh Majid selain Azmi Saat, Farisha Iris, Fadh Majid, Izzmad Harun, Fareez Fauzi, Coki, Zali Shuhaili, Din Latah disamping para pelakon sokongan.


Menurut Farisha Irish watak Suraya yang dibawakan olehnya dalam telomovie Kifarah Buta ini sangat mencabar untuk dilakonkannya kerana kali terakhir beliau berlakon adalah pada lima ke enam tahun yang lalu.


"Kali ni masuk ke set lakonan telemovie ini amat kekok buat Farisha kerana kali terakhir Farisha berlakon adalah pada lima ke enam tahun yang lalu. Watak sebagai Suraya juga amat berat kerana selalu di dera, dipukul dan menangis yang mana berbeza dengan personaliti sebenar saya yang periang dan happy go lucky, namun dengan bantuan team produksi banyak membantu saya menjayakan watak ini," ujar Farisha Irish.


Sementara itu menurut Fadh Majid beliau amat bersyukur apabila ditawarkan untuk berlakon dalam telemovie ini kerana ia merupakan pengalaman pertamanya sebagai seorang pelakon. Fadh Majid menjaya watak sebagai Kamal, seorang lelaki yang buta sebelah mata yang juga merupakan abang kepada Suraya yang dilakonkan oleh Farisha Irish.


"Untuk makluman, ini merupakan pertama kali saya berlakon. Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan pada Arie Zaharie Production atas tawaran ini. Watak sebagai Kamal ini juga amat mencabar kerana saya terpaksa jadi sesuatu diluar kebiasaan saya, tetapi banyak bantuan dan pelajaran yang saya dapat dari produksi", kata Fadh Majid.


Barisan pelakon yang menjayakan Telemovie "Kifarah Buta", tayangan Citra Exclusive di saluran Astro Citra


Telemovie mengisahkan segelintir Individu didalam masyarakat kita yang masih melakukan perbuatan suka memandang rendah dan hina kepada golongan OKU seperti orang buta, pengemis dan gelandangan didalam kehidupan seharian kita terutamanya, bagi segelintir mereka masih melakukan perbuatan jahat atau niat buruk dari segi zahir atau rohaniah pastinya akan mendapat pembalasan 'Kifarah' dari Allah SWT, cepat atau lambat saja hanya masa yang menentukannya.


"Telemovie ini banyak memberikan contoh perbuatan jahat dan teladan yang dipaparkan untuk tonton umum yang boleh dijadikan iktibar buat kita semua," kata Penerbit, Arie Zaharie.


Sinopsis

.

Zahid hidup bersendirian dan berdikari walaupun serba kekurangan namun sentiasa disokong oleh sahabat karibnya bernama Jo yang banyak me