HAEL HUSAINI & EZRA KONG MENDOMINASI SENARAI LAGU FINALIS KE AJL35



Malam kemuncak anugerah yang dinantikan Anugerah Juara Lagu 35 akan menjelma kembali dan membariskan 12 buah lagu finalis AJL35 pada ini. Memperlihatkan selain sebagai penyanyi, Hael Husaini juga terpilih sebagai komposer dan penulis lirik bersama-sama dengan Ezra Kong mendominasi senarai llagu finalis AJL35 sekaligus bakal merebut lagu terbaik pada malam tersebut.


Dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni, episod ketiga Muzik Muzik 35 Separuh Akhir (SFMM35) selasa lalu yang dinantikan telah berlangsung dengan jayanya hari ini. Persoalan 12 lagu manakah yang akan mara ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), tahun hadapan telah terjawab, menghentikan gusar para penonton serta barisan semi finalis Muzik Muzik 35. Anugerah Juara Lagu 35 akan berlangsung pada 7 Februari 2021, secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.


Lagu terbaik malam SSFM35 tersebut Belenggu Rindu lantas menempa tempat antara 12 lagu yang mara ke AJL35. Selain lagu itu, dua lagu lain yang telah diangkat sebagai lagu terbaik dalam dua episod lalu iaitu ‘Hati’ nyanyian Hael Husaini dan ‘7 Nasihat’ juga berjaya melangkah ke AJL35. Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL35 dilakukan oleh juri-juri profesional iaitu Ajai, Edrie Hashim, Dato’ Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan diketuai oleh Azmeer.


Senarai 12 buah lagu yang akan bertanding di Anugerah Juara Lagu 35 adalah:


SFMM35 mendapat sokongan penaja utama, McDonald’s Malaysia. Meriahkan Muzik Muzik 35 Separuh Akhir sambil menikmati makanan kegemaran anda melalui McDelivery! Confirm puas dan berbaloi. SFMM35 turut mendapat sokongan rakan-rakan pemasaran, rakan radio Hot FM dan Kool FM serta rakan digital Senang Terhibur dan xtra.com.my.


Siaran ulangan SFMM35 dapat ditonton di tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia. Dapatkan maklumat lanjut SFMM35 dan Anugerah Juara Lagu 35 melalui laman media sosial Instagram, Facebook dan Twitter rasmi TV3Malaysia dan Senang Terhibur. Jangan lupa juga untuk gunakan tanda pagar #SFMM35 dan #AJL35 di setiap posting anda dalam menghangatkan perbualan alam maya. MYBUZZ!