HAQIEM RUSLI RANGKUL TOP TOP MELETOP LELAKI 2020 & WANITA KEKAL MILIK SITI NORDIANA

Bertemakan Yang Epik, Yang Legend Anugerah Meletop ERA 2020 #AME2020 dengan norma baharu menutup tirai dengan menobatkan Top Top MeleTOP (Lelaki) Haqiem Rusli dan Siti Nordiana masih mengekalkan Top Top MeleTOP (Wanita) buat kali kedua.


Terdahulu Haqiem Rusli memenangi kategori Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP manakala Siti Nordiana memenangi Artis Versatil MeleTOP dan Top TopGrup/Dua MeleTOP bersama Khai Bahar.



AME2020 telah bersiaran secara langsung melalui saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) dengan paparan 4K UHD jam 9.00 malam bertempat di PICC, Putrajaya malam tadi.


Anugerah kategori Top Top MeleTOP ini masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro. Kategori ini dikira berdasarkan undian tertinggi secara keseluruhan di kalangan calon 5 terbaik.


Berikut adalah senarai penuh pemenang AME2020:




Anugerah Top Top MeleTOP Grup/Duo - Siti Nordiana & Khai Bahar



Bintang Filem MeleTOP & Fesyen MeleTOP -Syafiq Kyle



Filem MeleTOP - Ejen Ali The Movie



MeleTOP Grup/Duo - Siti Nordiana & Khai Bahar




Drama MeleTOP- Sweet Dream


Program MeleTOP- Sepahtu Reunion Live 2019 Akhir



Pelakon MeleTOP - Ben Amir



Hos MeleTOP - Alif Satar


Artis Baharu MeleTOP - Han Byul



Couple MeleTOP- Hanis Zalikha & Hairul Azreen



Si Cilik MeleTOP- Alisa Aishah



Influencer MeleTOP - Syahmi Sazli Production


Kesemua 16 kategori anugerah-anugerah di atas masing-masing membawa pulang RM5,000 berserta sebuah trofi sumbangan ASTRO.


Malam tadi juga penerima Anugerah Khas AME2020 diberikan kepada YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bagi mewakili barisan h