HARAPAN BESAR WANY HASRITA UNTUK 'CINTA KHAYALAN'


2021 adalah tahun KEBAHAGIAAN buat saya ujar penyanyi wanita yang pernah meraih Anugerah Bintang Paling Popular – ABPBH. Memulakan kerjaya di dalam bidang nyanyian sejak tahun 2016, nama Wany Hasrita sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Dan Wany selayaknya di gelar sebagai salah seorang IKON ARTIS WANITA berdasarkan pencapaian dan imej bersih yang sering ditampilkan tanpa sebarang kontroversi yang melampau.


Mungkin ramai yang terlepas pandang, kemunculan Wany Hasrita di dalam industri hiburan dimulakan dengan single duet Memori Berkasih dalam Bahasa melayu dan Korea yang dinyanyikan bersama penyanyi berasal dari korea – Kim Dong Gyun. Setelah single ini baru lah Wany muncul dengan single solo pertama beliau Menahan Rindu yang berjaya menempatkan nama beliau ketahap sekarang.


“Wany memang takkan lupa lagu Menahan Rindu kerana lagu ini telah merubah kehidupan Wany, dan lagu ini benar – benar berhantu. sampai ke hari ini walau kemana -mana Wany buat persembahan, penonton akan minta Wany nyanyi lagu ni walaupun ada lagu lain yang popular. Dan kerana lagu ini Wany berada di pentas AJL 32”, ujar Wany.


Setelah popular secara solo, Wany terus meledak dengan lagu duet Di Sana Cinta Di sini Rindu duet bersama Tajul Ariff. “Lagu duet ini juga merupakan antara kenangan manis di awal kemunculan Wany dipersada seni, ramai yang cakap Wany dan tajul seolah olah mengimbau Kembali zaman sewaktu Allahyarham Achik masih ada dan popular, dan Wany sangat terharu dan bersyukur kerana lagu duet itu mendapat sambutan yang juga luar biasa”, jelas Wany lanjut.


Hampir 6 tahun Wany Wany bergelar anak seni semenjak 2016. Walaupun telah meraih bebebrapa anugerah yang besar, namun Wany Hasrita tetap membumi dan tidak sesekali mendongak ke langit.


Bercakap tentang perkembangan terkini kerjaya Wany Hasrita. Wany akan melancarkan single solo terbaru berjudul CINTA KHAYALAN ciptaan Farouk Razak dan Amelia AF bermula jam 8 malam esok (05hb Februari 2021) di semua platform digital dan muzik video di saluran youtube FMC MUSIC.


“Cinta Khayalan merupakan lagu yang paling berat dan susah untuk saya rakamkan, kerana lagu ini memerlukan emosi yang kuat selain perlu fokus pada vokal. Dan ini pertama kali saya merakamkan lagu yang memerlukan masa yang lama untuk disiapkan"- Wany Hasrita

"Sebanyak empat kali saya ke studio rakaman bagi memastikan hasil lagu ini betul- betul mencapai tahap yang dikehendaki oleh pencipta lagu ini -amelia dan farouk. Memang agak mencabar kerana lagu ini sebenarnya saya rakamkan sewaktu bulan Ramadhan tahun lalu. Bayangkan struggle nya saya untuk siapkan lagu ini kerana bulan puasa sudah tentunya tenaga juga berbeza berbanding bulan lain. Namun saya sangat puas hati kerana pengorbanan saya berbaloi", ujar Wany.


“Lagu ini berat dan sangat mendalam maksudnya, saya rasa sangat happy kerana saya telah melangkah setapak ke hadapan.dan saya rasa saya telah berjaya mencabar diri saya untuk keluar dari zon yang selesa dan nyanyi lagu yang biasa saya nyanyikan. Jujur saya kata kan saya in love dengan lagu ini. kalau kalian tak percaya dengar dan hayati sendiri lagu ini. Dan saya mohon anda semua menjadi juri serta tidak teragak agak memberi komen tentang lagu dan cara nyanyian saya. Saya rela dikritik demi kebaikan kerjaya saya, tetapi kritik tentang lagu je tau.bukan tentang kisah peribadi", tambah Wany berseloroh.

"Wany Hasrita datang jumpa saya dan minta FMC carikan lagu yang kuat dan berbeza dari lagu sebelumnya. Wany minta saya cari lagu yang ada vibe OST dan susah untuk beliau nyanyikan. Dan saya hubungi Amelia untuk buat demo lagu untuk Wany, dan tak sangka hasil nya luar biasa".


“Sebenarnya bila lagu ini sudah siap dan kami dengar, kami juga rasa teruja dengan hasilnya. Bagi kami di FMC music, kami bangga dengan perubahan dan keberanian Wany untuk mencabar diri agar lebih maju ke depan. Dan beliau telah buktikan dalam lagu ini”, kata Pengarah Urusan FMC Music, C.F.Ho


Wany Hasrita memasang harapan agar lagu CINTA KHAYALAN mendapat sambutan yang luar biasa dan berjaya membawanya sekali lagi ke pentas Anugerah Juara Lagu akan datang. Lagu serta video muzik Cinta Khayalan akan disiarkan secara rasmi di saluran Youtube FMC Music serta boleh di muat turun di seluruh platform digital mulai jam 8 malam, jumaat 5 Februari 2021.

Judul: Cinta Khayalan

Penyanyi: Wany Hasrita

Lagu - Farouk Razak (FMC Publishing)

Lirik - Tokyo Angkasa (FMC Publishing)

© 2020 FMC Music Sdn Bhd



Verse 1.


Pernah kamu merasakan cinta

Membuat lelah bila kau dengannya

Bagaikan langit kian dirundung awan yang muram


Verse 2.


Manis kata bisakah terubat

Dan juga nanti kan di sangga waktu

Dibiar dingin hingga kan tidak tertahan lagi


Chorus.


Cinta khayalan denganmu

Seperti berbisik

Tak ingin ia berlalu


Dan jika masih kau menyakiti diriku

Tidakkan dapat ku ulangi lagi


Cinta khayalan denganmu

Seperti berbisik

Tak ingin ia berlalu


Dan jika masih kau menyakiti diriku

Tidakkan dapat ku ulangi lagi


Verse 3.


Resah hadir kian kau diamkan

Terhimpit rasa membelahkan jiwa

Aku yg dingin adakah mampu bertahan lagi




Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts