HIJJAZ BERI SUNTIKAN ELEMEN ISLAMIK DAN HIP-HOP UNTUK LAGU 'TIADA KATA SECANTIK BAHASA'



Muzik sememangnya salah satu cara terbaik untuk berkongsi dan juga menyampaikan dakwah. Ini jelas terbukti, pelbagai lagu dengan pesanan serta ajaran positif yang pernah dipopularkan oleh ramai artis tempatan dan juga antarabangsa.


Kini, sebuah lagu lama yang pernah dipopularkan oleh biduan teragung Malaysia, Tan Sri P. Ramlee yang berjudul ‘Tiada Kata Secantik Bahasa’ telah diberikan nafas baru untuk menyampaikan pesanan positif tentang baginda Nabi Muhammad S.A.W.


Lagu yang memuji kemuliaan Rasulullah S.A.W. ini dinyanyikan oleh kumpulan nasyid popular Hijjaz, bintang program Mentor musim ketujuh, Pasya serta pasangan penyanyi hip hop Kmy Kmo dan Luca Sickta yang juga merupakan artis rakaman Universal Music Malaysia.


Biarpun lagu ini digubah oleh Tan Sri P. Ramlee sendiri, liriknya ditulis oleh Jamil Bin Sulong, dan versi baru ini pula memaparkan lirik nukilan ahli kumpulan Hijjaz, Isman Nadim bersama-sama dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta juga.


Di dalam prosess pembincangan lagu ‘Tiada Kata Secantik Bahasa 2020’, Isman daripada hijjaz katanya, "Idea untuk membuat lagu TKSB2020 ini sudah 2 tahun, apabila Hijjaz berada di Madinah membuat umrah, terdetik hati adakah lagu daripada Tan Sri P.Ramlee kalau diubah kepada selawat Nabi S.A.W. adakah peminat peminat ini dapat menerima dengan combinasi 3 genre ini , Rock, Nasyid dan Hip Hop."


Apabila pihak Universal Music berjumpa dan berbincang dengan kami, cadangan ini dapat dikemaskan dengan idea idea yang memberangsangkan. Daripada pihak MonkeyBone juga, idea ini diterima baik oleh artis dan memberi kerjasama yang amat positif.




Gabungan ini di harap peminat di luar dapat menerima kelainan lagu ini dengan berselawat. Sementara itu, Luca Sickta berkata, "Muzik adalah Universal, Tiada yang mustahil kalau kita mencuba sesuatu kelainan. Asalkan mesej yang hendak disampaikan dapat mendapat tempat di hati".


Idea untuk membuat lagu ini telah dirancang oleh Isman Nadim (Hijjaz) dan Penasihat A&R Domestik Universal Music Malaysia, Hermond Cheng.


Lagu terbitan Universal Music Malaysia ini sudah boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer bermula 25 OKTOBER 2020. Video muzik rasmi TIADA KATA SECANTIK BAHASA 2020 boleh dilayari di saluran YouTube Unviersal Music Malaysia.


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.