HIMAYA PREMIUM HIJAB MEDICAL MASK LANCAR KEMPEN ANTI BULI SIBER BERSAMA DUTANYA

Buli siber adalah kaedah di mana penggangu dan pembuli menggunakan teknologi moden, Kesan terburuk dari buli siber ialah orang yang dibuli tidak merasa selamat di mana sahaja, bahkan di rumah mereka.


Sehubungan itu baru-baru ini Himaya Premium HIjab Medical Mask melancarkan kempen anti buli siber bersama dutanya iaitu Wany Hasrita, Amira Othman dan Elfira Loy.



Foto dari kiri Datuk KK Chua (Pengasas Himaya), Elfira Loy, Amira Othman, Wany Hasrita


Menyedari masalah ini, Ketua Pegawai Operasi Anggung Kirana Sdn Bhd dan Pengasa Himaya Himaya Premium Hijab Medical Mack iaitu Datuk KK Chua berkata,


''Buli Siber kini tidak lagi mengenal mangsa sama ada remaja, pelajar atau orang dewasa. Langkah paling penting adalah memberitahu ibu bapa atau orang yang anda rasa selamat untuk bercakap mengenainya''


''Masyarakat juga berperanan mendengar masalah mereka, memberi pandangan positif atau melaporkan kejadian tersebut sekiranya mangsa malu atau buntu'' ujarnya,


Katanya lagi Himaya Premium Hijab Medical Mask terpanggil mengadakan kempen ini kerana artis juga terpalit sama menjadi mangsa buli siber sehingga menjadi murung dan takut keluar rumah.


Golongan artis acap dilihat sebagi ikon dan kerap menerima kecaman hebat netizen, sehingga apa sahaja yang dimuat naik di dalam media sosial akan dikritik hebat.


''Ada artis yang terpaksa mendiamkan diri dan tidak aktif dalam media sosial buat seketika, Ada juga yang takut keluar rumah'' Katanya lagi.


Pada acara tersebut juga duta-duta artis tersebut turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah menjadi mangsa buli.


Menurut Wany Hasrita, tanpa kita sedar, sikap keterlaluan netizen membahayakan individu berkenaan, Mungkin ramai beranggapan ia sekadar tulisan dan jangan diberi perhatian.


''Itu silap kerana ia lebih kekal dna meresap dalam ingatan, Apa yang diperkatakan akan terngiang-ngiang dalam permikiaran hingga membelenggu kehidupan. Serba-serbi jadi tidak keruan''


''Netizen perlu tanam sikap tanggungjawab sosial dan nilai murni dalam kehidupan. Bukan artis sahaja menjadi suri teladan kepada generasi akan datang tetapi selagi netizen itu bergelar manusia, mereka juga dipertanggungjawabkan'' Ujarnya lagi.


Amira Othman juga pernah menjadi mangsa buli, sebelum ini beliau pernah dimasukkan ke hospital selepas otot pahanya didiapati koyak dan berdarah selepas kali pertama menyertai kelas senam berbasikal indoor tetapi orang menuduhnya memgambil pil.


''Saya enggan melayan tuduhan atau kecaman netizen kerana saya dan keluarga lebih tahu siapa diri saya'' Katanya.


Elfira Loy juga tidak terkecuali menjadi tohmahan dan permainan netizen. Beliau yang sudah lebih 15 tahun bertapak dalam industri hiburan tanah air berkata,


''Saya mengambil sikap tidak mempedulikan kritikan mereka dan enggan melayan perkara remeh''


Selebriti senior tanah air Erra Fazira juga turut enggan tunduk kepada kecaman netizen.


''Saya ada kerja yang perlu dilakukan dan netizen hanya tahu mengecam tanopa mengetahui perkara sebenar'' Katanya.


Di samping itu juga, syarikat sedang mempromosi Himaya Premium Hijab Medical Mask dan is sesuai untuk dipakai kepada mereka yang berhijab.


''Penggunaan mask biasa, mereka terpaksa menggunakan mask extender dan agak menyukarkan jika mask extender itu hilang atau tercicir' Kata Datuk KK Chua.


Himaya Premium Hijab Medical Mask didatangkan dengan lima warna iaitu Love Latte (Coklat Lembut), Soft OLive (hijau pastel), Apricot Dream, Blue Lagoon dan Retro Slate.


Anda boleh membeli dan dapati di semua rangkaian Watson dan Caring Pharmacy, Alpro, Georgetown, AEON, AA Pharmacy, Straits Pharmacy, Healtlane serta ejen yang berdaftar.


Produk pelitup muka ini menggunakan tagline Berani itu Jelita. Himaya Premium Hijab Medical Mask serius untuk menangangani masalag buli siber dengan menganjurkan kempen Stop Cyber Bullying Women Day yang akan diadakan pada 7 JUlai 2021. MYBUZZ!






Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts