HINDARI TEKANAN DIRI DENGAN TERAPI MANDI BUNYI MANGKUK KRISTAL ABIB JMD


Dua tahun lalu, figura ini diuji dengan kesihatan diri dan masalah peribadi sehingga hampir hilang empayar perniagaannya.Tidak mengalah, Abib Syed Ali yang masyhur dengan jenama Jamu Mak Dara, bertuah apabila bertemu dengan seorang yang mengajaknya mencuba satu terapi.


Terapi yang menggunakan teknik gelombang bunyi yang terhasil dari teknik geseran dan pukulan itu membuka satu laluan baru bagi Abib mengenal diri dan percaya bahawa setiap ujian Allah beserta hikmah.


"Saya hampir hilang semunya, saya diam dan diuji sakit. Dalam pada itu saya meneliti satu persatu kaedah untuk mendapat semangat.


"Alhamdulillah saya bertemu dengan kaedah terapi yang dikenali sebagai Sound Healing. Saya cuba, dan dengan izin Allah saya lalui hari dengan lebih positif dengan saya yang baharu," katanya dalam sesi perkongsian terapi bersama media di Kelas@10 di sini.


Terapi ini diusahakan dengan jenama Jajah Minda Diri (JMD) iaitu lebih kepada pengurusan strees dengan kenali seterusnya menghargai diri seseorang itu. Abib berkata, terapi ini sudah dikenali diseluruh dunia dalam kalangan profesional khasnya dan masih baharu di negara ini.


Merupakan anak Melayu pertama yang berkongsi ilmu ini, Abib berkata apa yang lebih menarik konsep terapi ini selari dengan amalan Islam yang diterjemahkan dalam bentuk sains.


"Apabila kita mainkan alat muzik seperti gong misalnya, ia mampu menghasilkan satu getaran untuk merangsang saraf seterusnya membantu pengaliran darah.


"Melalui terapi ini gelombang dan frekuensi diaplikasikan untuk merangsang saraf di anggota badan kita", katanya.


Abib berkata, dia mempelajari mengenai terapi itu sejak dua tahun lalu dan berniat berkongsi ilmu yang dimiliki dengan mereka yang minat serta memerlukan. Dia berkata, mendapat undangan persendirian oleh beberapa rakan dan individu yang serasi dengan tetapi itu.


"Semua ini daripada Allah yang sentiasa mahu hamba-Nya berusaha dan saya gembira apabila mendapat maklum balas positif.


"Bukan sahaja masalah kesihatan tetapi juga dalam dan peribadi. Itu yang saya kata, bila diri kita positif, apa yang kita sangka mustahil sebenarnya tidak mustahil," katanya.


Terapi ini membabitkan bahagian iaitu empat bahagian kenali diri, kerohanian, zikir terapi dan sound bath (mandi bunyi). Tarikan terapi ini ialah penggunaan teknik sound bath (mandi bunyi) , satu proses untuk melahirkan ketenangan diri menggunakan getaran bunyi hasil dari paluan gong dan geseran mangkuk kristal yang berisi air.


Sebagai perkongsian kepada orang ramai, aktiviti terapi ini turut dikongsi di laman sosial menerusi akaun instagram @abibsyedali.


Terapi JMD turut mendapat sokongan selebriti seperti Ayu Damit, Ustaz Akhil Hay, Fitri Hiswady dan Nazrief Nazri.

GALERI : SESI TERAPI MANDI BUNYI BERSAMA WAKIL MEDIA DI KELAS@10, SHAH ALAM




Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.