JAGOAN HIP-HOP MALAYSIA BERSATU DALAM 'VETO'


Hiphop boleh dianggap seperti satu genre muzik yang mampu ‘menyelamat’ .Ia adalah bunyian yang membina sehingga menjadi kukuh dan tidak termusnah. Ia mampu menaikkan semangat dan mengajar untuk menentang rintangan. Dikala dunia dilanda pandemik, keselamatanlah yang paling penting untuk kita semua. Oleh sebab itulah DJCZA, TUJULOCA dan MK, barisan hadapan jagoan hiphop masakini telah bersetuju untuk melancarkan “VETO”, keluaran Def Jam Recordings Malaysia.


Mereka memberitahu bahawa: Setiap seorang daripada mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan untuk berada ditahap yang mereka kecapi sekarang. Dan satu perkara yang membezakan perjuangan mereka adalah semangat kental yang menghalang mereka dari berputus asa. Saat ditanya apa erti “VETO” pada mereka, mereka semua sepakat mengatakan ia membawa erti “kuasa”.


Jika focus untuk mencapai tujuan dan matlamat, sesukar mana punca barannya, kita akan berjaya. Seperti yang dijelaskan DJCZA, “VETO adalah lagu berunsur motivasi, dan rimanya membangkitkan semangat. Ia seolah-olah menciptakan sesuatu daripada kosong dengan cara berfikiran positif dan tidak menoleh kebelakang”.


Semangat kental ini ketara dalam lagu ini sehinggalah irama muziknya. Menurut TUJU, “VETO” diilhamkan dari lagu “Dior” oleh bekas bintang hip-hop PopSmoke. Sebab itu anda akan mendengar gaya dan lenggok dari ‘Brooklyn drill’ dalam“VETO”. Sulaman bass dan percussion yang digabung dengan baik digarap dengan perisa Asia Tenggara menjadikannya satu karya penuh jiwa yang hebat dengan bunyi yang luar biasa.


Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan berterusan, “VETO” adalah satu peringatan bahawa harapan masih ada. Wakil-wakil K-Clique, MK dan TUJU memberikan persembahan terbaik dengan sedikit sentuhan nada gospel, sementara LOCA B menyelitkan secebis keindahan dalam kuasa persembahannya.


Korusnya,"Ku memveto, veto/ Pusing bulatan metro/ Selok belok yang bahaya/ Jangan tergopoh-gopoh”, adalah satu peringatan bahawa masa depan di tangan kita. Inilah muzik yang berlanjutan seiring pergerakan badan dan jiwa dengan pelbagai pesanan.


“VETO” juga diiringi video muzik arahan Shahrin Bahar, yang juga menghasil kan visual hebat lagu CIAO oleh JoeFlizzow. Dengan tetapan LED 360 darjah, video ini Berjaya menzahirkan impak lagu ini kedalam bentuk visual dengan penuh jaya. Seperti kehebatan audionya, seni visualnya juga canggih dan luar biasa. Ia pasti menarik perhatian dunia umum. “VETO” kini boleh didapati di semua platform pengstriman: https://DefJamMY.lnk.to/VETO

Follow Us