KARI KEPALA IKAN MELAYU TARIKAN UTAMA D'WAREES

Hidangan Kari kepala ikan sangat famous dikalangan pengusaha restoran mamak, namun tanpa disangka restoran D'Warees Resipi Kari Kepala Ikan yang diusahakan pasangan suami isteri berbangsa melayu menjadi sebutan daripada peminat tegar kari kepala ikan.

Telah beroperasi selama tiga (3) tahun dikenali sebagai kedai bawah pokok di Batu Tiga Shah Alam, kini D'Warees Resipi Kari Kepala Ikan telah berpindah operasi ke lokasi baru di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.


''.... Ramai pengunjung beranggapan konsep restoran baru seperti restoran mamak, namun tidak menyangka restoran ini diusahakan oleh orang melayu...' Kata Encik Ahmad Tarmizi bin Khalid yang mesra dipanggil Mie.

Dari Kiri Encik Ahmad Tarmizi (Mie) dan Puan Akmalzulaila (Laila) , pemilik restoran D'Warees Resipi


''...tempat baru lebih selesa, kami kesian kepada pelanggan kerana ruang yang kecil, parking yang sempit dan pernah ada kejadian kemalangan kenderaan dan sebagainya, ini antara sebab kenapa kami berpindah ke lokasi baru..' Ujar beliau lagi.


Pasangan Mie, Puan Akmalzulaila bt Mohamad bersama-sama membangunkan perniagaan kari kepala ikan dan mereka mengekalkan resipi yang diwarisi oleh ibu masing-masing, maka terhasilnya kari kepala ikan resipi mereka sendiri yang sesuai mengikut citarasa masyarakat melayu.


Seawal pukul 4.00 pagi, mereka ke pasar borong berhampiran untuk mendapatkan bekalan kepala ikan segar. Berdasarkan rekod, saiz kepala ikan sebesar 7 kilogram pernah mereka sediakan untuk pelanggan dan terpaksa hidangkan menggunakan dulang besar.




''...setiap hari hampir 50-70 ketul kepala ikan mampu terjual, pelbagai kepala ikan kegemaran ramai iaitu kepala Ikan Merah, Jenahak, , Kerapu dan Mayong..'' Ujar beliau lanjut.


Selain menu kari kepada ikan, terdapat menu-menu lauk pauk tengahari seperti Kari kambing, kari daging masak lemak nangka, asam pedas, kurma daging, pajeri nenas, ulam-ulaman dan pelbagai lain masakan lebih dari 20 jenis lauk pauk.




Kesedapan D'Warees Resepi kari kepala ikan turut menggamit kehadiran selebriti terkenal tanah air sebagai pelanggan tetapnya iaitu Datuk Jamal Abdillah, Zizan Razak dan lain-lain. Selain menu utama yang disajikan, makanan kuih muih tradisional yang sering menjadi permintaan pelanggan seperti Onde-Onde, lepat dan sebagainya turut memikat selera pelanggan.


Bemula operasi sewal pukul 6.30 pagi dan tutup pada pukul 7.00 malam, restoran ini turut menjadi sasaran pelanggan yang minum pagi boleh menikmati kelazatan roti canai dan lain-lain. Restoran ini juga cukup tular dan pernah muncul sebagai restoran pilihan Jalan-Jalan Cari Makan, muncul dalam program tv dan pernah diketengahkan dalam beberapa paparan media digital lain.


Semasa sesi temubual bersama media, Mie turut memberitahu bulan ramadhan tiba tidak lama lagi dan restoran kekal beroperasi.Para pelangan juga boleh membungkus makanan untuk dibawa pulang ke rumah berbuka. Selain makan di restoran, ketika ini restoran boleh menerima tempahan melalui penghantar makanan secara dalam talian. Restoran juga sentiasa mengamalkan SOP yang ditetapkan kerajaan dengan mematuhi penjarakkan meja , dan bilangan pelanggan mengikut keluasan meja dan kapasiti restoran. MYBUZZ!


Alamat Restoran:


D Warees Resipi

No.26, Jalan Opera A U2/A

Taman TTDI Jaya

Seksyen U2

40150 SHAH ALAM

SELANGOR


Instagram : @dwareesresipi

Facebook : D'WAREES RESIPI








Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.