KISAH KEMBAR KELIRU DI SLOT OHSOME TELEMOVIE



Slot OHSEM Telemovie di Awesome TV bakal menyiarkan telemovie “Kembar Keliru” lakonan daripada Syazwan Zulkifli, Wafariena, Sweet Qismina, Rosnah Johari, dan Dato’ Jalaludin Hassan pada 28 Februari 2021, Ahad pada jam 9.30 malam hingga 11.30 malam.


Kembar Keliru, kisah seorang jejaka bernama Iskandar, lakonan Syazwan Zulkifli. Dia yang telah bertunang dengan Ameera (Sweet Qismina) iaitu anak kepada sahabat bapanya. Iskandar terlalu rimas dengan sikap Ameera yang terlalu manja dan mengada-ngada sehingga dia membuat keputusan untuk menjauhkan diri daripada Ameera. Iskandar telah membuat keputusan untuk pergi ke sebuah pulau tanpa pengetahuan sesiapa.


Bermulalah kisah pertemuan Iskandar dengan Cendana di pulau tersebut. Cendana, lakonan Wafariena, adalah gadis pulau yang cantik, lemah lembut dan juga seorang pelukis. Tanpa diduga, Iskandar telah jatuh cinta pada Cendana. Iskandar juga bertemu dengan Shamel, sepupu kepada Cendana yang mempunyai wajah seirasnya. Oleh kerana wajah yang serupa, Iskandar mengupah Shamel menyamar sebagainya sementara Iskandar tinggal di pulau untuk memikat hati Cendana. Suasana menjadi kelam kabut apabila Dato Shah (Dato Jamaludin Hassan) membuat keputusan untuk menikahkan Shamel yang dianggap Iskandar dan akhirnya rahsia kedua keluarganya terbongkar.



Saksikan kekeliruan keluarga ini dalam Kembar Keliru di Awesome TV di saluran 123, Astro dan 112, MyTV pada hari Ahad jam 9.30 malam. Ikuti perkembangan Awesome TV, dikesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.