KOPSTAR ANJUR LARIAN VIRTUAL 'KGMCVR 2021' KUMPUL DANA BANTU KOMUNITI DI SEMPORNA



Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR) dengan kerjasama Yayasan Maghfirah telah melancarkan program KOPSTAR GOT MILK CHARITY VIRTUAL RUN 2021 di MATIC, Jalan Ampang semalam. Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh YBrs Profesor Udjung Salehuddin Bin Md Salleh, Timbalan Ketua Pengarah (TKP) Dasar & Perancangan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN).


Program KGMCVR 2021 merupakan acaran larian amal yang bakal dianjurkan secara virtual bagi mengumpul kutipan dana untuk membantu golongan sasar iaitu kanak-kanak yang kurang mendapat zat makanan (malnutrisi) terutamanya bekalan susu formula dan juga para ibu yang sedang menyusukan bayi yang kurang memperolehi zat makanan kerana kemiskinan akibat terkesan dari pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara. Berdasarkan data dan maklumat sedia ada KOPSTAR dan Yayasan Maghfirah telah mengenal pasti golongan sasar tersebut berada di Semporna, Sabah.


Penganjuran program ini turut menarik minat beberapa entiti korporat untuk berkoloborasi sebagai penaja antaranya MaTic, MVM Production,Rusa Music,JKKN, Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) dan lain-lain


Program larian awam secara 'virtual' telah diasaskan diseluruh dunia sejak tahun 2013, terutamanya ketika penggunaan GPS menjadi begitu meluas. Dalam acara 'virtual run', peserta bebas memulakan larian dari lokasi A ke lokasi B pada bila-bila masa berdasarkan jarak larian dan tempoh masa yang ditetapkan oleh penganjur. Data pencapaian larian akan diperolehi dari sistem aplikasi yang digunapakai. Seterusnya data tersebut akan diguna oleh penganjur bagi menentukan ranking serta pemenang. Program sebegini bukanlah yang pertama di Malaysia. Namun ia masih dianggap sebagai satu trend gaya hidup masa kini. Jesteru kerana itu, KOPSTAR mengambil kesempatan ini untuk menganjurkan KOPSTAR GOT MILK CHARITY VIRTUAL RUN 2021.


Bagi merealisasikan usaha murni ini KOPSTAR turut menerima kerjasama dari 10 orang selebriti tanah air. Mereka terdiri daripada selebriti seperti Ella, Ernie Zakri, Syamel, Khai Bahar, Noh Salleh, Siti Nordiana, Naqiu, Liza Hanim, Kasih Lia Bishara dan Mak Diva KOPSTAR. Kesemua selebriti ini berperanan sebagai 'affiliate partner' sebagai usaha untuk mempromosikan program ini kepada umum. Secara tidak lansung mereka juga turut menyumbang sebagai sebahagian dari amal kebajikan tanggungjawab sosial.


Peminat yang mengikuti selebriti pujaan mereka di platform media sosial berpeluang untuk menyertai program ini melalui pautan personaliti dan selebriti pilihan mereka sambil menyumbang untuk tujuan kebajikan. Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM75 dan RM65. Setiap penyertaan akan menerima 'Runner Kit' istimewa yang terdiri dari kemeja-T rasmi, pelitup muka selebriti pilihan serta sebentuk pingat khas. Setiap yuran penyertaan program ini akan menyumbang sebanyak RM5 kepada dana inisiatif kempen kesedaran ini.


Untuk maklumat lanjut berhubung program KOPSTAR GOT MILK CHARITY VIRTUAL RUN 2021 , orang ramai diminta untuk melayari lamat sesawang https://kopstar.onpay.my/order/form/gotmilk .


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.