LESTARI AIDILFITRI IN THE CITY BAKAL DIADAKAN BUAT KALI KEDUA




Bermulanya pandemik Covid-19 pada Mac 2020, penganjuran program Lestari Adilfitri In The City terpaksa ditangguhkan penganjuran keduanya. Pada tahun 20201, program Lestari Adilfitri In The City ini akan diadakan walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Penganjur utama Coffee Cinta Group bersama Dapur Rakyat SRCC Publicity dan Pergerakan Inkubator Wanita Bijak Berjaya akan diadakan di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur pada 7 hingga 8 Mei 2021.


Foto (tengah) Puan Farida Aman, (Kanan) Puan Suraya Rahman


''..pelbagai aktiviti bakal diadakan termasuk program Baraqoh Sedekah iaitu pemberian pakaian percuma dan hidangan berbuka puasa sebanyak 300 pack food untuk warga asnaf dan rumah anak yatim Nur Hati'' Ujar Puan Suraya Rahman, Penganjur program Lestari Aidilfitri In The City




''...dalam program tersebut kami akan melancarkan Kiosk Coffee Cinta .Ia merupakan program CSR, kedai kopi rakyat mampu milik dan akan berkerjasama dengan pelbagai pihak antaranya merancang untuk meletakkan kiosk Coffee Cinta di stesen LRT dan MRT buat permulaannya ,'' Ujar beliau lagi.


Program kiosk yang dimiliki oleh Puan Farida Aman ini bertujuan bagi membantu warga B40 untuk mendapatkan pekerjaan dan mempromosi kopi rakyat ini.


Program yang diadakan pada bulan Mei nanti akan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19. MYBUZZ!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts