MASSIMO PERKENAL BEG ROTI DENGAN TEKNIK PEMBUNGKUSAN PENGEDAP KESELAMATAN 'TAMPER-EVIDENT'



Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, roti menjadi makanan harian kegemaran buat rakyat Malaysia, tidak kira sebagai sajian utama atau makanan ringan.


Namun, terdapat keraguan yang orang yang tidak bertanggungjawab mungkin secara sengaja atau tidak sengaja menyentuh roti lembut dan gebu tersebut. Secara kebiasaan, beg roti di Malaysia ‘diikat’ dengan label roti Kwik Lock. Kalau dilakukan dengan cermat beg roti boleh dibuka dan ditutup tanpa dikesan, menjadikannya sasaran mudah untuk si penggurau mahupun mereka yang berniat jahat dan roti sebagai sasaran mudah untuk bahan gurauan dan serangan jahat.


Adakah anda benar-benar yakin bahawa roti di dalam troli anda belum disentuh?


Dengan pelancaran Pengedap Keselamatan Tamper-Evident beg roti yang pertama di Malaysia oleh Massimo, periksa sajalah ‘seal’ untuk menikmati roti kegemaran anda tanpa ragu-ragu. Pembungkusan baru dengan pengedap keselamatan ini akan dilancarkan untuk semua roti sandwic Massimo mulai hari ini.


Massimo yang terkenal dengan roti yang sihat dan sedap , melancarkan pembungkusan laser Pengedap Keselamatan Tamper-Evident untuk menangani rasa kebimbangan para pengguna mengenai keselamatan dan integriti produk yang semakin menjadi semasa pandemik Covid-19. Pembungkusan dengan pengedap keselamatan Tamper-Evident merupakan satu langkah utama dalam industri roti komersial.


Inilah cara untuk menikmati kebaikan roti sandwic Massimo dengan yakin:



Langkah 1: Carilah roti sandwic Massimo dengan icon #SealedForSafety di rak roti.

Langkah 2: #CheckTheSeal supaya ianya masih lengkap/sempurna dan tidak terbuka.

Langkah 3: Belinya dengan penuh keyakinan tanpa sebarang keraguaan di fikiran.

Langkah 4: Untuk membukanya, tarik kedua b