MCDONALD'S MALAYSIA PERKENALKAN MENU BAHARU -BURGER AYAM PEDAS DENGAN HIRISAN EPAL



McDonald's Malaysia memperkenalkan menu baharu yang menarik dengan pelancaran Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal.


Paduan rasa manis dan pedas mencetuskan rasa unik yang enak pada burger edisi terhad ini, dengan hirisan epal manis, ditambah dengan sos mayo lada hitam, dan kepingan ayam pedas rangup, diapit dengan ban hangat yang lembut.


"Pengenalan burger edisi terhad ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan McDonald's untuk menawarkan menu yang menyeronokkan kepada pelanggan kami," kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia.

Kami tahu rakyat Malaysia sangat menyukai makanan pedas, tetapi dengan burger baharu ini, kami memperkenalkan paduan unik rasa manis dan pedas yang lain daripada produk yang kami lancarkan sebelum ini," tambahnya.


Pelanggan juga boleh menikmati pencuci mulut baharu, Pai Kastad Oren atau McFlurry Biskut Coklat & Pretzel untuk melengkapkan hidangan mereka.



Sebagai sebahagian daripada pelancaran menu baru ini, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah “Huat” sehingga RM18,888 dengan mengambil bahagian dalam Peraduan #EatAnApple, Win a Huawei!


Untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini, semua pelanggan perlu melakukan seperti dibawah:


  1. Berbelanja minimum RM48 dalam satu resit untuk McDelivery.

  2. Memesan sekurang-kurangnya satu (1) Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal atau Double Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal

  3. Pesanan terbanyak setiap minggu berpeluang memenangi hadiah mingguan yang menarik. Peraduan ini berlangsung mulai 4 Februari hingga 3 Mac 2021.


Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal kini boleh didapati di semua restoran McDonald’s dan didatangkan dalam set bersama Twister Fries dan Coke dengan harga RM16.88. Pelanggan juga boleh memilih set Double Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal dengan harga RM22.88. Burger edisi terhad ini boleh didapati melalui McDelivery, Pandu-Lalu atau Bawa Pulang.