MINDFUL MUSLIM CIPTA FENOMENA APLIKASI TERAPI MINDA

Seluruh dunia pada saat ini berdepan dengan situasi pandemik Covid-19 yang telah meragut lebih 4 juta nyawa dengan keseluruhan kes positif melebihi 191 juta . Khususnya di negara kita Malaysia setakat ini telah mencecah melebihi 900 ribu kes positif dengan jumlah kes kematian melangkau 7 ribu kes. Keadaan ini sangat membimbingkan semua orang dan mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia penggunaan katil di hospital telah mencapai tahap kritikal.


Masyarakat bergelut dengan pandemik dimana rata-rata masyarakat terpaksa menutup operasi perniagaan, hilang pekerjaan sekaligus berada dalam masalah kewangan yang serius. Mereka mendepani 1001 masalah. Kebelakangan ini acap kali kita mendengar kejadian bunuh diri yang terpampang di dada akhbar, dan yang paling menyedihkan melibatkan masyarakat islam sendiri kerana dieprcayai salah satu punca akibat daripada tekanan mental yang kuat seterusnya menghadapi depresi.



Rentetan itu, maka terciptalah aplikasi Mindful Muslim yang meupakan sebuah aplikasi kerohanian dan ketenangan jiwa berkonsepkan elemen islam pertama di dunia.


Sekali dengar, kemungkinan anda tidak faham, tetapi apa yang menariknya yang anda harus tahu adalah aplikasi ini menawarkan perkhidmatan bacaaan Al-Quran, doa-doa rukyah, ceramah motivasi.


Setiap hari tanpa mengira masa anda boleh mendengar kisah nabi dan bacaan Al-Quran oleh Cendekiawan Islam terkenal seperti Mufti Menk. Yang teristimewa dengan aplikasi ini dapat membantu anda tidur dengan baik dan boleh mendengar juga seawal subuh bagi membantu anda memula hari dengan penuh semangat motivasi dalam diri.




Yang anda harus faham adalah Mindful Muslim merupakan sebuah aplikasi pembimbing melalui penyampaian audio kisah yang baik-baik serta menjadi teladan dan dapat merehatkan minda anda dari perasaan tekanan dan kegelisahan sebelum tidur.

Foto (Sebelah kanan) Mohamad Akhtaar, Pengasas Mindful Muslim menunjukkan papan simbolik menjuarai XChallenge Tech Start-Up yang diadakan di New Zealand.


Sehingga kini lebih 50,000 pengguna serata dunia telah muat turun aplikasi Mindful Muslim dan ia sentiasa bertambah dari hari ke hari. Hasrat serta objektif Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mindful Muslim, saudara Mohamad Akhtaar Abdul Ghani adalah bertujuan untuk membantu dan menjadi inspirasi bagi meningkat kesihatan mental umat islam yang depan pelbagai cabaran masa kini dengan elemen kerohanian islam.

Baru-baru ini MYBUZZ sempat menemubual beliau secara maya dan beliau berkata,


Sebelum muncul Mindful Muslim, ia bermula apabila dirinya berasa tertekan dengan kerja yang terlalu banyak dan sehingga memenatkan diri beliau.


Berikutan itu beliau terasa ingin mencari satu platform yang boleh meredakan tekanan tersebut tetapi tidak menemui platform yang boleh mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.


Beliau juga sering sukar tidur dan asyik memikirkan tekanan kerja dimana terpaksa melayani karenah pelanggannya.


Dengan itu lahirlah idea mewujudkan platform aplikasi yang menenangkan jiwa dan berasakan perkara ini boleh diperluaskan kepada seluruh saudara islam sekaligus membawa manfaat bagi memulihkan emosi diri. Beliau juga dikenali sebagai Mohamad Akhtaar, kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Komunikasi di Auckland University of Technology, New Zealand.


Penulis juga sendiri telah muat turun aplikasi ini dan teruja tentang manfaat daripada aplikasi. Setelah anda berjaya memasang aplikasi ini, muzik alam semulajadi seperti deruan ombak dan air terjun dapat menenangkan jiwa.


Muat turun aplikasi Mindful Muslim adalah percuma, sekiranya anda berminat menjadi pengguna premium boleh melanggan tiga pakej berikut:


RM7.90 / bulanan

RM64.90 / tahunan

RM34.90 / sokongan bulanan