MOODBOARD TAWAR PILIHAN KASUT SEMPURNA UNTUK SETIAP ACARA

Sepasang kasut boleh melengkapkan atau merosakkan penampilan seseorang. Mencari kasut yang sesuai untuk melengkapkan penampilan anda tidak semestinya menjadi sesuatu urusan yang mahal dan membosankan.


Ditubuhkan dengan tujuan untuk menghimpunkan pelbagai jenama dan stail di bawah satu bumbung, Moodboard memiliki banyak pilihan kasut lelaki dan wanita daripada jenama seperti Amori, Everbest, Mi Mancci, Joy & Peace, Jaguar dan Santa Barbara Polo & Racquet Club (SBPRC). Untuk membawakan kegembiraan ke dunia kasut, Moodboard akan mengadakan kempennya, Moodboard Mega Sales yang akan berlangsung selama sehari pada 25 Oktober.




Di kedai rasmi Moodboard di Shopee, diskaun hingga 70% akan ditawarkan untuk sandal, kasut tumit tinggi, sneakers, kasut formal dan banyak lagi. Terdapat juga baucar kedai seperti diskaun 50% tanpa perbelanjaan minimum (terhad pada RM15), diskaun RM5 dengan perbelanjaan minimum RM60, diskaun RM15 dengan perbelanjaan minimum RM110 dan diskaun RM40 dengan perbelanjaan minimum RM200 yang boleh digunakan oleh rakyat Malaysia sebelum membuat pembayaran untuk menikmati penjimatan lebih besar untuk kasut baru mereka.


Selain itu, mereka yang membeli kasut mereka dari mana-mana lima kedai fizikal Moodboard akan menikmati pulangan tunai sebanyak RM3 dengan perbelanjaan minimum RM15 apabila mereka membayar menggunakan dompet mudah alih Shopee, ShopeePay.




Terdapat lebih banyak tawaran yang menanti pembeli pada 25 Oktober 2020. Enam gaya kasut yang berbeza daripada pelbagai jenama akan dijual pada harga RM1 sahaja semasa Shocking Sale sepanjang hari. Selain itu, jangan terlepas penstriman langsung Moodboard di Shopee Live pada pukul 12 tengah hari untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenama Moodboard serta rangkaian kasut bergaya yang ditawarkan.


Ikuti halaman Facebook Shopee (https://www.facebook.com/ShopeeMY) dari sekarang hingga 25 Oktober untuk memenangi baucar Moodboard bernilai RM100. Nikmati lebih banyak penjimatan dengan diskaun kedai apabila anda membeli kasut kegemaran anda dari Moodboard semasa Shopee 11.11 Jualan Hebat yang akan berlangsung dari 26 Oktober hingga 11 November 2020.


Untuk mulakan pencarian anda dalam memiliki kasut yang sempurna, kunjungi https://shopee.com.my/moodboardshoes.os.


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.