'NOSTALGIA DESA' TEMA BUFFET RAMADHAN 2021 THE VENUE SHAH ALAM

The Venue Shah Alam sering disebut menjadi lokasi mengadakan majlis perkahwinan atau sebarang acara pelancaran dan sebagainya. Selepas berhenti operasi sementara ketika Perintah Kawalan Pergerakan tahun 2020, kali ini tahun 2021 The Venue Shah Alam menyediakan Bufet Ramadhan ala tradisi dan bertemakan 'Nostalgia Desa' yang lebih menyelerakan bagi menggamit para pengunjungnya.


Baru-baru ini MB bersama rakan-rakan telah mencuba hidangan preview ramadhan bagi merasainya sendiri keenakan juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan 2021.



Sedikit kelainan menu pada kali ini dengan menyajikan hidangan ShellOut disamping keaslian makanan melayu dengan keenakan kambing golek yang diperap dengan rempah istimewa dan juga makanan panggang BBQ antaranya Ikan, Ayam Bakar dan lain-lain.


Bagi MB sendiri anda patut cuba keenakan pelbagai jenis menu nasi yang disajikan seperti Nasi Arab, Nasi Briyani Bukhara Ayam dan banyak lagi,


Antara masakan lain yang akan membuat anda terliur seperti Daging Masak Lemak Cili Padi, Ayam Berlado, Daging Black Pepper, Ayam Butter, Sambal Tumis Udang Petai, Ikan Sweet Sour, Sayur campur, Lala Masak Pedas, pelbagai jenis kerabu dan banyak lagi.


Mengekalkan konsep keMelayuan pastikan akan ada kuih-muih melayu yang cukup sedap seperti Apam Balik, Kuih lapis, kuih cara berlauk, Kuih Keria, Kuih Karipap dan sebagainya. Seleksi buah-buahan cukup mempersonakan anda. Minuman sejuk dan panas turut disediakan.


Anda tidak perlu keluarkan belanja ratusan ringgit hanya untuk berbuka puasa menikmati juadah yang enak. The Venue Shah Alam pilihan terbaik anda!


Harga yang ditawarkan seperti berikut:



Bufet Ramadan di The Venue Shah Alam akan bermula pada 13 April hingga 13 Mei 2021 dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Disamping itu, sambil anda menikmati juadah berbuka puasa persembahan LIVE Band akan mengiringi sebagai halwa telinga.


Jom tempah sekarang untuk dapatkan promosi tempahan awal!!

Ikuti media sosial The Venue Shah Alam seperti berikut:


Facebook : https://www.facebook.com/thevenueshahalam

Instagram : https://www.instagram.com/thevenueshahalam

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts