BELI PRODUK LENGQUAS HANYA RM20 BERPELUANG MENANGI RM100,000




Baru-baru ini Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah melancarkan peraduan Makan & Menang bagi produk makanan sejuk beku jenama LengQuas. Peraduan ini bermula pada 1 April sehingga 30 Jun 2021 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. Majlis pelancaran pada hari ini telah dihadiri oleh Anggota Lembaga KOPETRO, barisan pengurusan, jemputan media dan juga jemputan yang terdiri daripada rakan korporat KOPETRO.


Menurut Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KOPETRO, En. Ahmad Hazil bin Abd Lateff, peraduan ini adalah salah satu langkah KOPETRO untuk memperkasakan lagi jenama LengQuas dalam industri makanan tempatan.


“Sejak mendapat liputan media pada Disember 2020, permintaan terhadap produk LengQuas semakin memberangsangkan. Jadi kami menganjurkan pertandingan ini untuk memeriahkan lagi penjualan produk LengQuas, lebih-lebih lagi apabila Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi.” Ujar beliau.


Tambahnya lagi, penyertaan untuk peraduan ini sangat mudah, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana produk jenama LengQuas minimum RM20, imbas kod QR yang disediakan, jawab soalan mudah dan sertakan resit pembelian sebagai bukti penyertaan.


Selain dari penyertaan umum, KOPETRO juga menganjurkan peraduan buatpengedar-pengedar dan ejen-ejen sah LengQuas bagi menggalakkan persaingan mendapat jualan.


Bagi penyertaan umum, pemenang akan diumumkan selepas cabutan bertuah bulanan dijalankan manakala bagi penyertaan ejen dan juga pengedar, pemenang akan diumumkan berdasarkan hasil jualan tertinggi setiap bulan.


Kempen Makan & Menang LengQuas


Kempen Makan & Menang LengQuas. Belanja minima RM20 mana-mana produk LengQuas, imbas kod QR yang tertera, jawab solan mudah yang diberikan, sertakan resit pembelian ada sebagai bukti dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM100,000.


Langkah penyertaan adalah seperti berikut:


1) Beli mana-mana produk LengQuas di kedai atau agen sah KOPETRO

2) Pelanggan harus berbelanja minima RM20 dalam satu resit untuk menyertai pertandingan Makan dan Menang.

3) Imbas kod QR tertera untuk mengisi borang pendaftaran.

4) Isi maklumat di ruangan yang disediakan dan jawab soalan yang diberikan.

5) Sertakan gambar resit sebagai bukti pembelian.

6) Pemenang akan dihubungi bagi sesi cabutan hadiah.


LengQuas

LengQuas, produk makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd, menawarkan hidangan segera lauk-pauk tradisional. Kesemua produk LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan, Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia.

Kini LengQuas mempunyai 153 orang ejen jualan yang telah dilantik di setiap negeri antaranya, Selangor, Melaka, Terengganu, Johor dan akan melantik lebih ramai lagi ejen di negeri-negeri lain bagi meluaskan pasaran produk LengQuas.


Produk keluaran LengQuas:

1) Beef Stew

2) Chiken Glaze

3) Daging Lemak Kuning

4) Kari Daging

5) Daging Asam Pedas

6) Daging Dendeng

7) Kuah Kacang

8) LengQuas Daging Masak Hitam

9) LengQuas Ayam Masak Hitam

10)LengQuas Rendang Ayam

11)LengQuas Ayam Percik

12)LengQuas Paru Goreng Berlada

13)LengQuas Sambal Ikan Bilis

14)LengQuas Ayam Masak Merah

15)Nasi Briyani Ayam Rendang

16)Nasi Putih Daging Masak Hitam

17)Nasi Minyak Ayam Percik

18)